Pemburu Pelangi: Nu Skin Beauty Expo

Nu Skin Beauty Expo

/
1 Comments
Haritu yuyin, bonde, cik za dan kak zura berkesempatan ke Nu Skin Beauty Expo yang terletak di bangunan PNB berhampiran dengan LRT Ampang Park. Melangkah masuk ke dalam bangunan PNB, mata yuyin tertumpu pada lambakan pengunjung, terkesima sekejap melihat terlalu ramai sangat orang di beauty expo yang diadakan oleh Nu Skin ini.


(Dari kiri: ShuYi, Yuyin, Bonde, Cikza, Kak Zura.)

Apabila mendengar sahaja jenama kosmetik Nu Skin ini, yuyin seakan pernah mendengar namanya namun tidak pernah melihat produk-produk Nu Skin dijual di Sephora, watsons mahupun guardian. Rupa-rupanya, Nu Skin hanya menjual secara online dan di outlet mereka sahaja, ini membuatkan produk ini nampak lebih eksklusif(dengan harga yang berpatutan!).

Ramai gila orang okay! orang masuk tak henti-henti, dahsyat!


Kalau korang nak tahu, Nu Skin sudah 15 tahun bertapak di Malaysia! sayangnya, ramai di antara kita(baca: orang melayu) masih lagi belum pernah mendengar dan mencuba produk kecantikan yang berkualiti dari jenama ini. Jadi misi kami di beauty expo ini adalah melengkapkan kesemua “checkpoint” dan mengenali rangkaian kosmetik Nu Skin ini dengan lebih dekat supaya kami dapat berkongsi dengan pembaca-pembaca blog kami.





Anti-Oxidant Scan


Skin Analysis.

Yuyin dan rakan-rakan juga turut berpeluang melihat produk-produk keluaran Nu Skin...





Banyak lagi sebenarnya produk-produk keluaran Nu Skin ni. Yuyin pun ada mencuba dan mengguna beberapa produk dari Nu Skin ni dan.... YUYIN JATUH CINTA! produk-produk Nu Skin sangat best dan bagus okay! Nanti yuyin akan buat beberapa produk review dalam post-post akan datang.


Semua muka happy walaupun kepenatan. Thank you ShuYi dan Nu Skin untuk pengalaman berharga ni!


You may also like

1 comment:

Farhana Jafri said...

wow tak pernah pulak dengar pasal Nu Skin ni. Nu Sentral tahu la hehehe.