Pemburu Pelangi: Eh..Kenapa Perempuan Tak Suka Lagu Jiwang???

Eh..Kenapa Perempuan Tak Suka Lagu Jiwang???

/
4 Comments

Wahai manusia-manusia yang berada di muka bumi ini.(ayat tak boleh blah)Agak-agaklah kan kenapa perempuan geli dengan lagu jiwang ek?Sila bagi pendapat anda.Bagi aku lagu jiwang ini indah.Aku suka menghayati lirik-lirik lagu sampai kadang-kadang tu terlebih menghayati sehingga menitiskan air mata.0opss..hehe..Ada hari tu aku bukak lagu jiwang dekat dalam kereta then belum habis lagi kakak sedara aku suruh tukar lagu.=_="

Aku mula meminati lagu-lagu jiwang sejak dalam perut mak aku berusia 6 tahun lagi seingat aku lah.Masa tu lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian Tomok atau lebih dikenali sebagai Shah Indrawan boleh dikatakan meletup.Jadi,aku selalu berkaraoke lagu tu je.Satu hari,lepas waktu rehat dekat tadika cikgu aku ada tanya "siapa nak menyanyi angkat tangan!".Aku dengan rasa tak malunya mengangkat tangan.Aku seorang saja yang angkat tangan.Cikgu pun panggil aku ke depan dan bagi aku mikrofon.Aku pun nyanyilah apa lagi.Cikgu kata suara aku sedap sampai dia nak suruh aku buat persembahan bila ibu bapa datang tadika.(dah mcm artis pulak!)Tapi,harapan cikgu hancur sebab cd lagu tu tak ada.yay!!

eh..aku nyanyi lagu tu sampai sekarang tak jemu-jemu.Siap letak dekat dalam mp3 kat handphone aku lagi.

Dekat dalam laptop aku,banyak lagu jiwang.Ada lah dalam 500 lebih.97% lagu-lagu lama.Banyak lagu yang aku suka tapi dua saja yang aku selalu dengar buat masa sekarang iaitu Sinambungan Cinta(Graviti) dan Tak Suka Tak Apa(screen).
Myspace aku kalau boleh aku nak letak lagu jiwang banyak-banyak dekat profile aku tapi aku malu sebab aku belum pernah jumpa lagi profile perempuan yang meletakkan lagu jiwang di playlist mereka.sikit-sikit justin bieber.(ok,aku pon minat dia jugak)Senior aku cakap buat lah special edition..special edition kepala otak dia!

Agak susah untuk aku mencari kawan-kawan perempuan yang suka lagu jiwang tapi kalau dah jumpa apalagi berkoir lah jawabnya..hikhik.Paling best tahun lepas,sekolah lama aku.Budak lelaki yang sekelas dengan aku sangat lah berbakat mentang-mentanglah nama kelas kami 2AF(Akademi Fantasia)ok tipu je.AF tu singkatan bagi Al-Farabi.aku kelas agama.Kelas aku ada 11 lelaki dan perempuan hanya ada 6 orang saja.Tiap-tiap hari akan kedengaran suara-suara merdu mereka mendendangkan lagu jiwang beramai-ramai sampai aku pun ikut nyanyi sekali dengan budak laki kelas aku..hikhik..

Kepada mereka-mereka yang tidak suka lagu jiwang.Janganlah anggap kami (spesies yang suka lagu jiwang)ketinggalan zaman.Aku bukannya dengar lagu jiwang sahaja,lagu-lagu baru pun aku dengar juga tapi aku suka lagu jiwang sebab aku rasa lagu jiwang ni unik..

Kata-kata terakhir : lagu jiwang best!!


You may also like

4 comments:

iidyll iceness said...

huhuhu
jiwang karat ek..
akk pn minat lagu jiwang but versi rock kapak..
best ooo....

Yuyin Azman said...

jiwang versi rock kapak?
contohnya lagu?

iidyll iceness said...

byk ler...
manterra-bengang
wings-biarkan berlalau
bloodshed-srikandi cintaku
wings-ratuku

errr...nk senaraikn semue ke dik??

Yuyin Azman said...

0o..haha..xpyh2...nnti panjang berjeler-jeler...