Kecewa... Misi Hari Ni Tak Berjaya !
/
1 Comments
Ni salah seorang classmates+BFF aku yang hangout dengan aku hari ni..
Hari ni aku dengan dua orang classmates aku merangkap kawan baik aku pergi hangout dekat Jusco Bukit Tinggi.. Kakak dengan BF kakak kawan aku pun ada tapi kiteorang banyak buat hal masing-masing dekat Jusco..
Okey, tujuan utama aku nak pergi Jusco ni bukan hanya sekadar jalan-jalan. Tapi aku nak beli dua buku ni.. Pertama, Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim(siapa tak kenal Zahiril Adzim memang parah lah) dan satu lagi buku Kitab Terfaktab(yang ni aku tak tahu siapa nama penulis dia)..
Seriously, aku dah lama cari buku Zahiril Adzim ni. Tapi dekat kedai buku Popular yang aku pergi tadi dah habis ! Laku sungguh ! buku Kitab Terfaktab pulak tak ada kalau tak salah aku.. Arghhhh ! kecewanya.... Dari bulan puasa haritu aku dah start cari buku Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim ni..
haa.. ni buku dia..
Buku Bogel Menuju Tuhan ni adalah sebuah catatan dan puisi dari Zahiril Adzim.. Dari dulu aku memang nak ada satu buku puisi sebab aku sangat sukakan puisi.. Puisi itu indah,percayalah...aku ada satu blog puisi... Dan memandangkan aku sangat minat tengok Zahiril Adzim ni berlakon sejak dari cerita 6 Progresif lagi, maka aku semakin berkobar-kobar nak beli buku ni... dan ramai yang memuji buku ni...
Melalui penulisan-penulisan dia di blog dia.. Bagi aku, Zahiril Adzim adalah seorang yang puitis..Aku suka !
Melalui penulisan-penulisan dia di blog dia.. Bagi aku, Zahiril Adzim adalah seorang yang puitis..Aku suka !
Disebabkan dah lama tak bukak blog beliau, aku pun bukak lah tadi... tiba-tiba aku ternampak entri dia yang bertajuk BMT langsung dari tangan ni.. Siapa yang beli akan dapat tandatangan dia, terhad 80 buah buku sahaja..Aku pun apa lagi terus komen entri tu.. dan InsyaAllah kalau buku tu masih ada aku akan bank in kan duit isnin ni jugak !
Nota kaki : aku suka tengok Shaheizy Sam dengan Zahiril Adzim berlakon ! diorang ni pelakon fav aku !