Pemburu Pelangi: Maafkan Aku Sahabat...

Maafkan Aku Sahabat...

/
3 Comments



Kejam sangat ke aku kerana telah menjauhkan diri dari seorang insan yang bergelar sahabat????Aku tidak berniat untuk menjauhkan diri dari kau,tetapi aku ada alasan aku sendiri mengapa aku cuba menjauhkan diri dari insan yang baik seperti kau..maafkan aku…..
Mereka menyalah erti kan persahabatan kita,aku tak sanggup melihat kau menyalah kan diri kau sendiri apabila aku disakat oleh mereka.Aku tidak sanggup mendengar kata maaf yang keluar dari mulut kau bagi pihak orang lain sedangkan kau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan!kau baik!aku tak layak ada sahabat sebaik kau!aku tak layak!semuanya salah aku,aku yang mula tegur kau dalam kelas sedangkan kau seorang yang agak pemalu dan susah untuk melihat kau berborak dengan perempuan..dari situ,kita menjadi rapat dan hari demi hari makin bertambah bilangan orang yang menyakat kami..

Walau apa pun,terima kasih sahabat…

Walaupun kita baru saja mengenali diri masing-masing,tidak sampai setahun pun tetapi kita mampu untuk menjadi sahabat walaupun kita bukan sekelas,hanya bergabung kelas semasa subjek agama saja malah kita tidak berpeluang langsung untuk berborak di dalam kelas….Namun,rakan sekelas kita seolah-olah menyalah erti kan persahabatan kita..sehingga kita disakat di depan ustazah dengan teruknya oleh rakan lain,bukan seorang dua tapi hampir satu kelas..adakah salah jika kita mempunyai sahabat yang berlainan jantina daripada kita???kenapa bila mereka lihat kami rapat mereka mula berfikiran negatif?wahai kawan-kawan ku..berfikirlah secara positif…

Aku rasa bertuah sangat kerana mempunyai sahabat  sebaik kau disaat aku rasa seperti aku kehilangan semua sahabat aku sebab aku jauh daripada mereka.Tidak aku sangka disini,disekolah baru dan ditempat baru ini aku mempunyai seorang sahabat yang betul-betul baik……Sahabat yang boleh menghilangkan kesedihan aku,yang boleh menghilangkan sedikit kerinduan aku pada sahabat-sahabat yang jauh dari aku….Kau lah satu-satunya sahabat yang berada dekat dengan aku buat masa ini..

Aku akui,aku tidak boleh hidup tanpa sahabat…….Sahabat-sahabat aku termasuk dalam golongan orang yang terpenting dalam hidup aku dan aku sangat sensitif dalam soal persahabatan kerana bagi aku,sahabat adalah segala-galanya bagi aku..
Sahabat..

Maafkan aku kerana telah membuat kau sedih dengan tindakan aku yang menjauhkan diri daripada kau….Secara jujurnya,aku sendiri tidak sanggup nak menjauhkan diri daripada sahabat yang aku sayang…orang yang selalu ambil berat pasal aku…..

 Maafkan aku…….AMIRUL SHAHRIZA………

Setelah membaca kesemua mesej yang telah kau kirimkan di telefon mahupun di facebook,kau buat aku sedar yang aku ini ada gunanya bagi kau…kau kata aku membawa kegembiraan dalam hidup kau..pada mulanya aku seolah tidak percaya tetapi aku nampak keikhlasan kau..kau betul-betul ikhlas…. Kau betul-betul merayu agar aku menjadi kawan baik kau semula… aku sangat terharu membaca mesej-mesej itu sehingga aku  menangis….menangis sambil menulis entri ini…..

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada sahabat yang bernama Amirul Shahriza,kerana sudi menjadi sahabat aku…..dan melayan aku seolah-olah seperti adiknya sendiri…memanggil aku dengan panggilan “Adik Katie”….Aku rasa macam aku ni betul-betul adik dia....Dia anak sulung dan dia hanya ada dua orang adik lelaki..Jadi,dia anggap semua kawan perempuan dia tu macam adik dia……

Kata-kata terakhir : Mulai saat ini,kita berjanji tidak akan menyalahkan diri masing-masing dan kita akan tempuh segala kutukan asalkan persahabatan kita kekal buat selama-lamanya..

P/s : Buang sifat malu tu sikit..boleh kan? Ingat…… “janji seorang lelaki” tu… ^_^


You may also like

3 comments:

NAZ said...

wah wah terbaik wokk :)

Yuyin Azman said...

huhu..thanks.. ^_^

Unknown said...

huhu ...terbaik..yg penting keikhlasan...