Pemburu Pelangi: Raya dan Exam !

Raya dan Exam !

/
0 Comments




wah!!!!!rindunya dekat blog ni! 2 bulan tak update macam 2 tahun lamanya.. T_T tapi apakan daya...kena fokus kat PMR(fokus lah sangat...)..sedar tak sedar hari ni dah hari terakhir kita berpuasa untuk tahun ni,esok dah raya..lepas tu sekolah...lepas tu PMR! haish... PMR buat aku tak tenang betul nak beraya tahun ni...kalau PMR tu orang atau binatang dah lama aku bunuh dia,aku cingcang sekeping-sekeping...

Raya tahun ni aku raya dekat rumah baru,sekarang ni aku tengah meng-update blog dekat rumah atok aku yang perjalanan untuk kesini tidak sampai 5 minit..dekat tak?dekat giler kott...Raya tahun ni tidak lah semeriah seperti tahun-tahun lalu...mercun pun satu je aku main...haish...tak puas hati betul! bahangnya belum terasa,rasa macam esok tak raya je..

Dikesempatan ini,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan blogger..jemputlah datang raya rumah ye?...aku jugak nak minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa tersilap bicara..harap dimaafkan...oh ye,doa-doakan ye aku lulus dan dapat keputusan yang memuaskan...4A pun jadilah...tu pun aku bersyukur sangat-sangat..sebab...aku banyak main-main...aku tak kisahlah aku tak dapat 8A,aku tak kisah kalau aku tak dapat nak kalahkan abang aku yang sulung tu...masa dah suntuk..aku target 8A je sebab aku rasa macam dah tak ada masa lagi nak study...padan muka aku sape suruh study last minute..tawakal je lah..malu la kalau budak kelas atas,kelas terbaik pulak tu tak dapat keputusan gempak! 4-5A pun jadi lah...harap tak ada C,D,E lagilah aku tak nak...

Esok,harap-harap tak pergi mana-mana sebab kalau tak pergi mana-mana aku dengan sepupu sepapat aku nak g hangout dekat KL,nak pergi sunway pyramid kot,harap-haraplah..dah lama aku tak hangout sejak berpindah rumah ni..dengan sepupu pun jadi lah..dapat mengeratkan silaturahim..cewwah!

P/s : lagi sebulan lagi kot baru aku update blog lagi..PMR bulan depan wookkk! takut giler...rasa macam masa tu cepat sangat berlalu...haiii....PMR.....hadirmu membawa seribu debaran...


You may also like

No comments: