Pemburu Pelangi: Bola dan LELAKI...

Bola dan LELAKI...

/
2 Comments
Setelah sekian lama tidak mengupdate blog(lama lah sangat) disebabkan keyboard PC abang yang rosak dan laptop aku yang belum siap di baiki(rindu dia T_T).Setelah tuan punya PC ni membeli keyboard baru,tak tau lah mana dia dapat duit(mintak kat mama lah tu).Bukannya nak pergi cari kerja,duduk goyang kaki kat rumah sampai line broadband ni akan dipotong tidak lama lagi.Selama ni aku yang bayar.Budak sekolah ada broadband sendiri?ye,aku bayar guna duit aku sendiri.Mana dapat duit?biasiswa lah..hehe...syhhhhhh....diam-diam.Kalau cikgu biasiswa aku tahu,for sure dia tak bagi aku kuarkan duit lagi..dah lah tengah pokai nih,nak mengaharapkan duit nuffnang...haih..agak-agak bila lah nak cecah rm100?10 tahun akan datang?

ok,dah banyak sungguh aku membebel..

Bola memang cukup sinonim dengan kaum lelaki,.Bola...bola....bola... tak bosan ke?wahai kaum adam?oh,aku lupa,perempuan ada juga yang meminati sukan ini tapi bilangannya hanya sedikit.Jadi,bola belum lagi boleh dikatakan sinonim dengan kaum perempuan.

Adakah bola tu kiranya macam lambang kemacho-an seorang lelaki?maksud aku disini,kalau dah namanya lelaki dia mesti kena pandai main bola..nak tahu apa yang membuat kan aku berfikir seperti ini?kawan sekelas aku,dia pernah cakap dekat aku yang dia sedih sebab dia tak reti main bola macam orang lain.Hello......tak perlu nak ikut orang,lantak diorang lah diorang reti main ke tak,KAMU ADALAH KAMU dan AKU ADALAH AKU.Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Tiada manusia yang sempurna..

Memandang kan sekarang ni musim bola atau lebih tepat DEMAM BOLA.Ramai yang sanggup bangun pagi-pagi buta macam ini dan ianya sedang berlaku di depan mata aku,di saat aku sedang menulis entri ini,abang dan ayah aku sedang menyaksikan perlawanan bola di kaca TV..Sekarang jam menunjukkan pukul 4.30 pagi..

Boleh tak kaum adam sekalian bagi tahu mengapa anda sangat-sangat gilakan bola?????

kadang-kadang aku sangat pelik,kenapa lelaki sampai menangis hanya disebabkan bola?hari tu aku ada terbaca status ad mood salah seorang kenalan di facebook.Dia tulis ni adalah pertama kalinya dia(lelaki) menangis disebabkan bola..sebab Brazil kalah..huh??sampai menangis...bukannya dapat apa pun,kita hanya menyaksikan perlawanan itu sahaja,tidak perlu lah terlalu bersemangat seolah-olah anda yang sedang bertanding..

SANGAT PELIK BAGI AKU JIKA LELAKI MENANGIS SEBAB BOLA..

Aku tersangat lah tidak suka menyaksikan perlawanan bola,malah tidak pernah sekali pun.Remote TV pun aku dah jarang usik sekarang,asyik mengadap facebook,blog dan sebagainya inikan nak tengok TV semata-mata nak menyaksikan perlawanan bola.walau apa pun,biasalah perempuan..jangan salah kan aku mengapa aku tidak minat bola..Aku bukan tak minat sangat.Aku hanya tidak minat melihat saja sebab ianya tak memberi kan apa-apa kepuasan langsung bagi aku,silap-silap aku tertidur depan TV,tetapi aku minat main bola,dulu masa darjah 6,tingkatan satu,aku selalu main bola dengan jiran-jiran aku dan....dan....aku seorang saja perempuan..Tapi,tu tak semestinya aku kalah ok! lelaki tidak selalunya menang dan perempuan tidak akan selalunya kalah pada lelaki..

Sekarang,aku tak tahu nak main Bola dengan siapa lagi,yelah,sudah pindah ke tempat baru.Lagipun,kalau nak ajak kawan perempuan nanti diorang kata aku demam pulak..faham-faham jelah..perempuan.....

P/s : Bola banyak menimbulkan persoalan dan aku sedang mencari-cari jawapan bagi setiap persoalan yang hadir tanpa diundang tu.. XD


You may also like

2 comments:

naz said...

lelaki nangis sbb bola tu agak melampau ok hahaa

katie said...

haha...ya...melampau lah jgak..haha