Pemburu Pelangi: Selamat Tinggal Blog Kesayanganku !

Selamat Tinggal Blog Kesayanganku !

/
6 Comments
PMR...
datang dengan seribu debaran
bersama satu matlamat
bertemankan satu harapan
mencapai cita-cita
buat bekalan di masa hadapan...


PMR...
hadirmu ku sambut ikhlas
cabaranmu ku sahut debar
meniti sebuah pengharapan
dari keluarga dan teman-teman...


PMR...
genggaman mencapai kejayaan
mamatangkan fikiran ku
mendewasakan tingkah laku
untuk merealisasikan seuah impian..


Saat ini...
ku musnahkan segala halangan
bersama teman berjuang berhabisan
semoga mendapat kejayaan
tercapainya matlamat dan harapan...

Semenjak aku join Geng Blogger,banyak golongan-golongan bijak pandai yang telah aku temui sampai aku beranggapan bahawa penulis blog semuanya terdiri daripada golongan yang bijak pandai.Mereka-mereka yang selalu memberikan nasihat kepada aku,terima kasih diucapkan.Katie juga ingin berjaya seperti anda yang melanjutkan pengajian diluar negara,yang telah berjaya dalam kerjayanya.Secara jujurnya katie sangat kagum dengan anda semua.

Masa berlalu dengan pantas,lagi 4 bulan sahaja lagi aku bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Oleh itu,aku membuat keputusan untuk berhenti daripada menulis dan berhenti dari berhubung dengan sesiapa di alam maya.Broadband kepunyaan aku juga akan dipotong linenya buat sementara waktu.Aku sedar aku tidak boleh berputus asa,jadi biarlah selama masa yang ada ini,4 bulan ini aku belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang,berusaha untuk masa depan aku dan juga untuk seorang ibu yang sememangnya mengharapkan kejayaan dari anaknya.Jadi,pada hari terakhir cuti persekolahan ini aku berhenti menulis selama 4 bulan.Aku akan kembali menulis seperti biasa dan menjadi blogger sepenuh masa sebaik sahaja PMR tamat.

P/S : KALAU TIADA ENTRI DARI AKU SELEPAS PMR TAMAT,JANGAN LUPA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH UNTUK AKU YE? :)

lastword : aku rasa macam nak bakar je semua buku lepas tamat PMR nanti !


You may also like

6 comments:

diriku said...

he2..gud luck k..pjg lg perjalanan 2..jgn dibakar buku2 lps PMR 2 nt..blh gna utk adik2 plk ke..he2

Yuyin Azman said...

panjang?4 bulan nampak macam lama lagi padahal kejap je...thanks ye...hoho..tengoklah mcm mne...nk bakar ke tak..hoho..

DDFABULOUS.COM said...

gud luck dik

Yuyin Azman said...

thanks.. :)

datin kelly ketak said...

sabar dek, usaha itu memang betul2 boleh membuahkan hasil...akak dulu blaja juga...rajin tak la...tp yg penting usaha....PMR akak, alhamdulillah...memang cemerlang...

gud lux sayang...;)

Yuyin Azman said...

ok..thanks for the advice.. :)