Pemburu Pelangi: India ada,Malaysia tiada

India ada,Malaysia tiada

/
4 Comments

Hari ini buat pertama kalinya dalam lipatan sejarah,aku terbuka hati untuk join contest.Contest ini dibuat oleh Hakimfaridzul.Contestnya bertajuk "INDIA ADA,MALAYSIA TIADA".


Apa yang India ada tetapi Malaysia tiada?


cantik kan?tahu tak apa nama bangunan ni?inilah yang India ada,Malaysia tiada.Ini nama dia Taj Mahal(bukan beras taj mahal tu ya).Berdasarkan kajian yang aku telah buat sebentar tadi,istana Taj Mahal selesai dibangun pada 9 Mei tahun 1653.Taj Mahal yang merupakan salah satu bangunan arkitektur Islam terindah di dunia dan menariknya ada kisah cinta sepasang suami isteri disebalik pembinaan monumen ini.Nak tahu?begini kisahnya,
sejarah pembinaannya bermula apabila Maharaja Mongol, Shah Jahan berusaha mengabadikan keluhuran kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Mumtaz Mahal.Pada tahun 1631,Raja Mongol India,Shah Jahan melakukan perjalanan ke selatan dengan ditemani isterinya Mumtaz Mahal,namun isterinya meninggal dunia di Burhanpur.Saat itu,Mumtaz Mahal baru berusia 39 tahun,usia yang terlalu muda bagi seorang isteri meninggalkan suami bersama 14 orang anak.Shah jahan mengurungkan dirinya si istananya selama 2 tahun dan tidak mengadakan apa-apa perayaan.

Sebagai mengenang permaisuri yang sangat dicintainya itu, makam Mumtaz telah dibangunkan di dalam sebuah istana yang indah,di kota Agra,utara Uttar Pradesh,ditepi sungai Yamuna.Pembangunan istana ini dimulai pada tahun 1633 dengan pekerja seramai 20,00 orang dan mengambil masa selama 17 tahun untuk disiapkan.Lama kan?Para ahli arkitektur,kaligrafi,dan pengrajin batu didatangkan dari pelbagai negara.
28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia digunakan. Seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Srilanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

wah!saya sangat kagum apabila membaca sejarah pembinaan Taj Mahal ini.Bagaimana seorang suami mengabdikan cintanya terhadap isterinya yang telah meninggal dunia.

saya ada sebuah video untuk anda saksikan..




Bila sebut pasal Taj Mahal,Shah Jahan dan Mumtaz,saya teringat akan lagu Nubhan yang bertajuk Ada Untukmu ini.Ada liriknya berbunyi seperti ini "akan ku kota janji kita,mendirikan taj mahal cinta.Seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya".Baru saya faham dan tahu siapakah makhluk yang ada tertulis di lirik yang dinyanyikan olehnya itu.

Ada lagi satu fakta yang ingin saya bagi tahu kepada anda sekalian,bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur yang sudah kita ketahui terdapat pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku disitu.Bangunan ini direkabentuk oleh arkitek inggeris yang bernama Arthur Charles Alfred Norman sekitar tahun 1893-1897,beliau menghabiskan masanya di benua Afrika dan mendapat ilham daripada istana Taj Mahal.

kata-kata terakhir : saya berharap,suatu hari nanti saya dapat pergi ke Taj Mahal yang merupakan bangunan arkitektur Islam terindah di dunia yang mempunyai sejarah yang sangat menarik disebalik kewujudan bangunan tersebut.Saya syorkan kepada Hakimfaridzul supaya tidak melepaskan peluang untuk pergi ke Taj Mahal.Selamat bercuti!

P/s : saya mengambil masa sekitar 3 jam untuk menyiapkan entri ini dan saya berpuas hati dengan entri yang saya hasilkan.agak-agak boleh menang ke tak eh?jam menunjukkan pukul 1.10 pagi.pagi nanti kena pergi ke sekolah,jadi setakat ini sahajalah ye?

Sekian..




You may also like

4 comments:

hakimfaridzul said...

OMG!
thanx sebab anda menyertai kontest ini!

so far, aku puas hati ngan isi entri ini!hak3!nnt result dah keluar, sila-sila la check ye!

katie said...

sama2...thanks jugak sbb buat contest ni..huhu...ok! :)

AnWaRnAiM said...

gudluck!~ ^^

katie said...

thanks.. :)