Pemburu Pelangi: Tangisan Ini Mengajar Aku...

Tangisan Ini Mengajar Aku...

/
4 Comments
sebelum entri ini dimulakan,aku ingin menarik balik apa yang aku tulis di entri sebelum ini yang aku tidak akan menulis entri dalam masa 4 bulan.Minggu ini merupakan minggu pertama semester ke dua.Jadi,semua pelajar telah pun mendapat result masing-masing.Result peperiksaan pertengahan tahun yang soalannya sama satu negeri Selangor.Honestly,result aku teruk sangat!sangat-sangat mengecewakan sampai dari hari isnin hingga ke hari ini,setiap hari aku menangis.ye aku tahu bukan aku sorang tapi...tapi...hmmm....result aku teruk!MATH AKU FAILED!sangat-sangat mengecewakan dan lagi satu teacher bahasa inggeris aku cakap keputusan aku menurun sebab kawan dengan budak melayu dari 78 ke 48.I'm so sorry teacher..T_T bukan sebab aku kawan dengan budak melayu,markah bahasa inggeris aku menurun tapi sebab masa aku tengah buat essay,cikgu yang masuk masa tu bising,membebel je sorang-sorang.gila ke ape ntah!ada ke masa tengah buat exam dia suruh kiteorang gilir-gilir sapu kelas..WHAT THE HELL?! aku tak boleh fokus.aku tak boleh!arghhh!aku benci cikgu yang kuat membebel & merapu tu,nasib baik dia tak ajar kelas aku.Dan sekarang,aku bukan lagi pelajar melayu yang selalu dijadikan contoh oleh cikgu bahasa inggeris aku..

Lepas teacher bahasa inggeris aku cakap macam tu,aku memang terasa.RASA YANG AKU NI BODOH SANGAT!lepas teacher keluar ada sorang budak india ni usik aku,dia kata "ha!dengar tu,jangan kawan dengan budak melayu" dah lah aku tengah sedih,pastu dengar classmate aku cakap macam tu lagi lah menangis aku,lepastu dapat kertas matematik pulak.MATH AKU FAILED!!!!FAILED!!!!!!!!walaupun bukan aku seorang je tapi layak ke aku ni duduk dalam kelas yang menjadi harapan semua guru,harapan sekolah..LAYAK KE?!aku nak otak aku yang lama,kenapa aku rasa matematik adalah subjek paling susah sedangkan dulu aku rasa matematik adalah subjek paling senang untuk skor A!aku jealous gila dengan budak cina kelas aku yang walaupun diorang main-main dalam kelas tapi markah matematik diorang tetap gempak!arghhhhhhhh.....PMR lagi 4 bulan,boleh ke?aku rasa macam dah tak ada masa untuk mengubah apa-apa.. T_T

walau apa pun,tangisan ini mengajar aku untuk lebih berusaha.Teacher aku selalu cakap "NO PAIN,NO GAIN".Aku patut berpegang pada ayat itu.Walaupun bukan semua subjek aku jatuh,tapi semua yang berlaku minggu ini betul-betul mengecewakan aku sampai aku buat kerja gila.AKU TELAN PANADOL 5 BIJI.Baru 5,tu pon dah rasa macam nak pengsan dan asyik nak tidur je.Aku pon tak tahu asal lah bangang sangat aku ni pergi telan panadol sampai 5 biji.

Aku harap,akan ada salah seorang dari kawan aku yang bijak pandai dapat ajar aku dan aku sangat memerlukan sokongan dari rakan-rakan aku sebab aku rasa macam hampir putus asa.

KHATIJAH NUR AIN SEKARANG DAH JADI SEORANG YANG SELALU BADMOOD!

ye,sampai kena tegur dengan ustazah muka aku nampak macam sedih je..

walau apa pun,TANGISAN DAN KEKECEWAAN INI BETUL-BETUL MENGAJAR AKU!lepas ni aku kena bercinta dengan buku...aku dah terlalu banyak bermain-main..

P/s : dalam dunia ni ada dua kategori manusia yang berjaya,satu disebabkan bakat mereka(mungkin mereka memang dilahirkan untuk menjadi bijak) dan satu lagi usaha.sekarang,bakat aku dah tak ada.Aku bukan jenis yang mudah untuk menerima apa yang cikgu ajar macam dulu,jadi aku perlu berusaha.


You may also like

4 comments:

NAZ said...

haha hilang amatan bila cikgu kacau ya? cisss

Yuyin Azman said...

yup..seriously x boleh fokus bila ada orang buat bising...cikgu apa ntah mcm tu,bila tngh exam membebel..dah r duduk depan sekali,mengadap dinding...lagi la x boleh buat..

sukiminna said...

being a friend to malays doesnt really mean ur english wud drop as much as the fact that being a friend to non-malays wud enhance your english.

pada pendapat aku camne dan kekerapan ko guna kan bahasa tu dalam seharian. The more u use it the more u are adapted to it. bygkan klu ko kena duk kat tmpt yg sume org ckp english. lama2 ko pun ley fasih ckp sebab ko da terbiasa ckp.

tp masalahnye dengan sesetengah kawan melayu. klu kite ckp omputih kang mula la dia perli2 kan.hehe. but.. to h*ll with them. bila nk maju klu asik down bila org kritik kan. buat bodo jek klu dorg ejek.

besides conversing with frens i think there's a lot more ways to improve your english.macam member aku dia main twitter pun ley improve english. ade yg tgk english movies/drama pun ley improve jgk english. n sorang member aku ni siap buat 2minggu english weeks n 2 minggu untuk minggu bahasa dlm blog dia..

pasal math tu.hmm bykkan latihan jek kot. i think thats the only way unless mmg da genius.

neway just an opinion

Yuyin Azman said...

thanks a lot.. Im really2 appreciate that..