Pemburu Pelangi: Mampukah aku untuk mengubah seseorang?

Mampukah aku untuk mengubah seseorang?

/
3 Comments
Memang aku akui sukar untuk kita mengubah diri seseorang itu.Aku pernah berjaya mengubah seseorang yang pemalu menjadi seorang yang berani dan sekarang ada seorang lagi kawan lelaki,kawan baik aku yang mempunyai masalah yang sama.Dia pemalu dan pendiam.Walaupun sekarang dia tak lagi macam dulu tapi bagi aku dia tetap seorang yang pendiam.Walau apa pun,sekurang-kurangnya dia berubah juga walaupun sedikit.Dia patut berterima kasih kepada cikgu Bahasa Inggeris dia kerana memberi nasihat dekat dia.

Aku membuat keputusan untuk cuba mengubah dia,menjadikan dia seseorang yang peramah dan berani untuk berborak dengan perempuan..Tetapi,dari apa yang aku lihat.Terlalu banyak halangan.Dia ada kawan lelaki yang tersangatlah tak sporting dan suka menyakat kami.Susahlah aku nak ubah dia kalau setiap kali kawan dia nampak aku bersembang dengan dia kami akan kena sakat.Aku tak kisah sebab aku dah biasa,almaklumlah aku banyak kawan lelaki,bestfriend lelaki..Tapi dia,aku takut dia malu nak bercakap dengan perempuan lagi..Sepanjang 5 bulan aku kenal dia baru sekarang kami mula rapat,itu pun sebab facebook..Masa subjek agama,kelas aku bergabung dengan dia tapi kami jarang bercakap dalam kelas,hanya berapa kali sahaja seingat aku sebab kawan-kawan dia tersangatlah tak sporting.Baru sekarang aku tau susah betul nak cari kawan yang sporting ni.Dekat sekolah lama aku ramai kawan aku yang sporting,kiteorang borak-borak lelaki dengan perempuan pon tak ada siapa kisah.KELAS AGAMA PULAK TU.rupa-rupanya budak kelas agama lagi sporting dari kelas biasa.

Aku tak tahu macam mana dia menjalankan tugas dia sebagai seorang pengawas di sekolah sedangkan dia seorang yang pemalu dan pendiam..

Aku akui,dia tersangatlah baik..salah seorang lelaki dan kawan yang baik yang pernah aku jumpa dan dari apa yang aku lihat dia banyak kelebihan tetapi dia tak tunjukkan kelebihan dia..sebagai seorang kawan,sahabat aku nak dia berubah.

Lepas PMR,mungkin masing-masing akan berpindah sekolah..Aku harap,biarlah dalam masa yang singkat ni aku berjaya mengubah dia.Dapat memberikan sesuatu yang bermakna pada dia supaya dia akan sentiasa mengingati aku setelah berpindah.

Lastword : Aku harap,aku dapat membantu dia..mengubah dia menjadi seorang yang berani walaupun aku tahu ianya sukar..


You may also like

3 comments:

Amir Izzat said...

ehem2..insyaallah..dia boleh berubah..nak tanya...pakwe ke? hehe

NAZ said...

biar lah dia berubah dengan kerelaan:) jgn memaksa

Yuyin Azman said...

amir : bukanlahhhhh...kawan baik je..x main lah ada pakwe2 ni.

naz : dia yang suruh tolong..