Pemburu Pelangi: Kenangan di Teratak Riverview,Perak.

Kenangan di Teratak Riverview,Perak.

/
2 Comments
Balik-balik rumah terus online facebook,tulis blog..hehe..Setelah dua hari menginap dan menjadi Hos di Teratak Riverview,Perak banyak jugaklah pengalaman yang aku dapat.Pengalaman paling best sekali pagi tadi,aku dengan kawan aku memang antara yang terawal bangun then lepas dah siap-siap kiteorang pergi lah jalan-jalan kat luar pergi berdiri tengah-tengah titi gantung tu ambil udara segar tengok pemandangan dari atas titi pagi-pagi dalam pukul 6.15 pagi macam tu lah walaupun gayat sebab tinggi..seriously,time tu memang aku dah tak ingat yang aku tengah stress gila-gila..indahnya ciptaan Ilahi.kan bagus kalau aku boleh letak gambar kat sini..kabel usb aku rosak..sakit hati betul,dah lah lappy kesayangan aku tu pon rosak..hmm..Memang dah lama aku tak pergi tempat-tempat macam ni.last aku pergi tahun lepas tu pun ikut program sekolah kalau nak harap family aku bawak..dalam mimpi jelah..

Semalam pun best jugak..main-main air sungai..yang tak bestnye ada budak senior lelaki pergi simbah air kat aku sebab dia tengok tudung aku tak basah..dah lah tudung aku ada satu je yang aku bawak,nasib baik cepat kering..Aku pun apa lagi,simbah lah balik kat dia tapi aku kalah..Biasalah..perempuan selalu kalah dengan lelaki..huh...dan aku tak suka bila dapat geng yang tak nak mandi sungai ni..korang dah bayar mahal-mahal lepas tu tak nak rasa apa yang ada kat situ..bukannya selalu pun mandi sungai,tak payahlah nak control ayu memanjang je tapi bila tengok orang mandi reti pulak korang nak jealous..hmm..tengah syok main air tiba-tiba kaki kram(btol x aku eja?) pulak..si reza tu asyik suruh aku naik je..bagi lah aku main puas-puas dulu..hmm....disebabkan aku ni tak berhati-hati masa main air,kaki aku banyak betul luka-luka sekarang ni..sebab banyak sangat batu yang tajam-tajam kat dalam sungai tu...

haa...sorry ye reza sebab gelakkan kau masa kau jatuh masa kau duduk kat atas batu tu..sebenarnya aku tak nampak pun kau dari mula kau jatuh..tengok-tengok dah ada dalam air..dan aku tak tahu kenapa dengan kepala otak aku masa tu gelak sampai macam tu sekali.wayar dah putus sebab tension sangat..eh..susah tau nak tengok aku gelak macam tu sekarang ni..tapi kesian aku tengok kawan aku sorang ni..

Masa malam-malam aku paling benci sekali.Masa nilah aku start rasa pening kepala bila lalu titi gantung..bergegar kepala otak..dah lah titi dia panjang..aku ni dah lah ada sejenis penyakit yang belum dapat dikenalpasti(sbb takut nk g check up) tambah lagi bila naik titi tu.Reza suruh aku mintak ubat kat cikgu..tapi aku tak nak..AKU NI PENAKUT NAK TELAN PANADOL!(spesies yg anti ubat-ubatan ni)lepas tu dia nak bagi pinjam balm pun aku tak nak..dia kata aku ni degil..HONESTLY,AKU MEMANG DEGIL!orang cakap kalau ada tahi lalat kat telinga kiri maknanya dia degil..tapi walau apa pun aku ni memang degil..tapi setelah menggunakan titi itu buat kali keduanya pada waktu malam..aku memang dah tak tahan..pinjam jugaklah balm dia..

semalam memang aku tak boleh tidur..dengan sakit kepala..dengan sakit kaki lagi...tapi kira oklah sakit kaki ni..aku penah menangis sebab sakit kaki masa mengikuti program anjuran Jabatan Belia dan Sukan dekat Taman Pertanian Malaysia,Shah Alam..masa tu kaki aku memang sakit gila sampai nak berjalan pun tak boleh..nak duduk pun tak boleh bersila..kena lunjurkan kaki kat depan..mau tak sakit kaki,khemah dengan surau dan dewan tempat buat aktiviti jaraknya dalam 1.5KM kena ulang alik banyak kali pulak tu..naik turun bukit pulak tu..memang tak strategik betul..buat aku insaf nak pergi camping lagi je..tapi nasib baik ada aktiviti yang best.

tangki air pulak bocor,katil aku dah lah dekat-dekat dengan tandas..memang perghh! bising gilerrr....tak boleh aku tidur bising-bising macam tu..

kesimpulannya,program selama 2 hari 1 malam ni memang memenatkan dan agak boring jugak lah....sebab aktiviti dia tak banyak tapi tempat dia memang cantik..

dan..

kepada Reza..sepanjang program ni aku rasa macam aku betul-betul dah kenal kau..aku ni pakar bab tengok perangai orang ni walaupun tak sampai setahun kenal..cewwah!
kau ni nampak je cool tapi kau ni caring sangat-sangat..dekat facebook aku rasa kau ni caring bila chat dengan kau tapi bila pergi program ni aku rasa kau caring sangat-sangat..dan kau hampir sama je macam perangai bestfriend aku dulu,dah lah dua-dua pengawas..banyak jugaklah persamaan korang..bezanya bestfriend aku dulu sporting,tak reti duduk diam,bila pergi camping dia akan buat apa sahaja termasuk menari depan aku sebab nak buat aku senyum dan gelak sampai ada sorang fasilitator ni tanya aku ni makwe dia ke lepastu dia pergi jawab adik beradik..haha.. dan dia banyak cakap..walau ape pun,korang berdua ni baik sangat..

P/s :Rindu kau budak kecik (padahal dia lagi tinggi dari aku) FARID ALIF BIN FADLOLLAH(rabu ni bufday dia)..dan sahabat segila aku yang lain..kalau baca blog aku contact lah..
Lastword : aku dah ngantuk,dah penat sangat..oklah selamat malam...mimpi indah-indah ye.. :)


You may also like

2 comments:

Ryrie said...

lorh..rindu dodol ke..haha

katie said...

hehe..mestilah doe..kwn aku ni buat aku teringat kat farid..da lah skrg ni susah nk contact dia..