Pemburu Pelangi: Kau + Aku = SAHABAT

Kau + Aku = SAHABAT

/
0 Comments

Entri ini khas untuk mengingati seorang sahabat yang menyambut Hari Lahirnya yang ke-15 hari ini.
Nama dia FARID ALIF BIN FADLOLLAH aku panggil dia Farid atau BUDAK KECIK..Aku kenal dia sejak kami form 1 dan kami semakin hari semakin rapat.Dia ni merupakan salah seorang sahabat segila aku.Tahun lepas dia ketua pengawas sesi petang,tabik lah aku kat dia walaupun aku sesi pagi.Aku sesi pagi sebab aku ambil subjek bahasa arab.Seriously,aku rindu sangat budak kecik ni.Semenjak berpindah sekolah ni susah nak jumpa dia.Aku rindu lawak bodoh dia,usikan nakal dia tu..haa...dia ni TAK PANDAI NAK PUJUK ORANG..haha..tapi bila dia merajuk bukan main lagi..rasa nak sepak dia pun ada jugak..dia ni dulu nak sangat panggil aku adinda lepas dia tengok cerita P.Ramlee..HAHA..dia kata orang dulu-dulu romantik..Tapi,jangan harap lah aku nak bagi.Tak biasa kott,tetiba sesat panggil aku adinda..



Dia ni seorang abang yang baik walaupun adik dia bukan adik kandung dia sendiri,menjadi seorang abang yang baik dan bertanggungjawab pun sudah cukup menggambarkan dia seorang yang penyayang.Dan yang paling best sekali tentang dia ni dia ada family yang tersangatlah sporting.Dulu aku selalu topup RM10 dan habis dengan sekelip mata saja sebab aku selalu call dia bila aku bosan dan setiap kali aku bersembang dengan dia mak dia mesti kacau kami.Mak dia sporting,kelakar dan baik sangat.Bila aku cerita kat mak aku pasal dia dengan family dia,mak aku pun mintak no dia kat aku.Tak taulah mak aku buat apa,tapi apa yang aku tahu mak aku meseg dia mestilah cakap pasal aku.Rasa menyesal jugak bagi no dia kat mak aku.Aku kenal semua abang-abang dia,kenal melalui myspace saja kecuali abang dia yang sorang ni..


Haaaa..Ni ha salah seorang abang dia yang paling aku rapat sekali.Abang dia ni boleh dikatakan antara jejaka yang paling macho jugaklah kat sekolah.Dia ni doktor cinta aku dengan kawan-kawan aku dulu.Nak share apa-apa cakap je kat budak ni.Abang dia ni sekarang merupakan penolong ketua pengawas.Aku fikir dia akan jadi ketua pengawas tahun ni,tapi takpelah penolong pon ok.haa..abang dia ni suka sangat sakat aku dengan adik dia..sabar jelah..bila aku panggil dia abang ipar,reti pulak dia cakap "masa bila kau isi borang daftar jadi adik ipar aku?" haha..


Adik dengan abang ni ramai peminat tau kat sekolah sebab diorang ni friendly dan sebab tu diorang ni boleh dikatakan famous lah jugak.Masa ni kiteorang ada dekat Hotel The Mines.Aku ada je dekat situ cuma tak masuk dalam gambar ni je,ramai yang suruh kiteorang tangkap gambar berdua tapi dua-dua malu-malu kucing masa ni.akak-akak senior ramai lah yang sakat kiteorang,dah lah baju kiteorang sama warna pulak tu secara kebetulan.HAHA..haa..diorang ni pakar bab bercakap pasal kosmetik nak-nak lagi abang dia sampai terdiam aku dengan kawan aku dengar abang dia cakap pasal kosmetik,yelah jarang jumpa lelaki yang macam ni..diorang tahu pun sebab mak diorang ada spa dan diorang selalu tolong mak diorang.eh,kalau aku pergi dapat diskaun kan?hehe..


Kalau tak salah aku ni gambar tahun lepas,masa ni kami dekat dalam bas baru sahaja selesai perkhemahan.Dia ni banyak jugalah persamaan dengan aku,dia jenis yang suka aktiviti lasak contohnya camping sama macam aku.so,kalau pergi camping je mesti nampak muka dia dengan abang dia.Satu benda yang dia buat dekat aku yang paling aku tak boleh lupa,

Masa tu masa tengah makan,salah seorang fasilitator tu bukak lah lagu hindustan.Aku tak senyum pun masa tu,dia nampak macam aku tak happy kot so dia pun masa tengah duduk tu dia pun menari lah depan aku.HAHA..sampai ada fasilitator tanya "makwe ke?" dan dia pun "taklah,kiteorang adik beradik"
memang gelak gila-gila lah aku time tu.Dia ni memang slumber,keturunan kot sebab mak dia pun slumber,abang dia yang rapat dengan aku tu pun slumber jugak.walau apa pun,aku suka ada kawan baik yang macam ni.sporting dan slumber..


Masa ni aku memang risau gila dengan dia,nak lagi masa dia menjalani pembedahan.Memang tak duduk diam aku kat sekolah,asyik nak call abang dia je tanya macam mana keadaan dia dan abang dia boleh pulak buat lawak time tu,kalau nak datang melawat bawklah bunga ke,buah tangan ke,nasi ayam ke..ada jugak yang kena lempang kang..Dia menjalani pembedahan sebab usus dia terkoyak(tak tahu lah apa dia buat sampai usus dia terkoyak),takut keadaan jadi lebih teruk,dia kenalah menjalani pembedahan.Beberapa hari sebelum dia menjalani pembedahan,dia boleh pulak cakap pasal mati dengan aku.Aku mengaku,memang aku menangis gila-gila.Tengok dia dekat sekolah pun aku menangis.Siapa lah yang tak sedih kalau tau kawan baik kita sakit lepas tu cakap pasal mati pulak tu.

AKU TAKUT HILANG SAHABAT MACAM KAU LAH!!!

Dah lah dia yang buat aku nangis,pastu dia marah aku pulak aku nangis.Nasib baik aku ingat kau tengah sakit je tu kalau tak siap kau..

Aku harap suatu hari aku dapat jumpa dia lagi,tujuan aku menulis entri ini adalah untuk mengingati dia dan tidak melupakan dia kerana mungkin suatu hari nanti bila aku dah terlupa pasal dia,mungkin bila aku lihat entri-entri lama bila aku selongkar blog aku ada juga entri yang tertera nama dan gambar dia.Semoga persahabatan kami tak pernah putus..AMIN....

Jadi..

sempena dengan hari jadi dia,aku nak ucap Selamat Hari Jadi.Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki,sihat selalu,ceria selalu,gila selalu dan yang paling penting.INGAT AKU SELALU!
dan
Semoga azam dia untuk mendapat 8A dalam PMR tahun ini tercapai..Azam dia sangat kuat,tak macam aku.Aku target 6A2B saja.

P/s : sorry ye budak kecik,aku amik gambar kau tanpa izin..hehe..nanti tak surprise..

Lastword : kan bagus kalau kau ada dekat sebelah aku sekarang,boleh aku baling tepung dengan telur..HAHAHA(gelak jahat)

walau apa pun,RINDU KAULAH BUDAK KECIK!!!!


You may also like

No comments: