Pemburu Pelangi: Aku Ni Pelik Kan?

Aku Ni Pelik Kan?

/
10 Comments
                                   
Selepas bercakap dengan Kubi,salah seorang DJ radio online di FrenzyFM dekat dalam telefon petang tadi.Aku terus ke bilik untuk mendengar suara aku di radio.Masuk-masuk bilik, "eh,suara sengau sape ni?" hati aku berbisik.Aku pun kuatkan volume.Rupa-rupanya aku.Malu gilaaaaaaaaa!!suara aku comel sebenarnya(angkat bakul sendiri nampak!) tapi...tapi...tapi....kenapa suara aku macam suara katak je?suara katak pun tak macam aku,lagi sedap sampai hujan pun turun jatuh ke bumi menitiskan air mata setelah mendengar betapa merdunya suara sang katak yang memanggilnya sambil menyanyi.(merepek)

Seriously,aku tak nak bagi dia call aku lagi.Mau tak terketar-ketar suara aku cakap dengan dia,umur aku 15 tahun bercakap dengan orang berumur 26 tahun,lelaki pulak tu..aduh..lemah semangat..Aku paling tak berani nak cakap dengan lelaki dalam telefon atau dekat YM,nak lagi kalau yang aku baru kenal atau lebih berusia dari aku.Kawan aku yang jumpa tiap-tiap hari kat sekolah dulu pun aku takut nak cakap dengan dia dekat YM inikan orang yang aku baru kenal.tak taulah kenapa dengan aku ni...

Aku berani bila chat dengan orang tak kenal saja,kalau nak bercakap melalui telefon tu..errr....errr...agak susah walaupun aku cuba memberanikan diri tapi suara aku akan kedengaran seperti terketar-ketar..Suara aku lain-lain.Suara aku bila bersembang dengan kawan lain,suara aku dalam telefon lain,suara aku bila menyanyi lain,suara aku bila mengaji lain,suara aku bila marah lain,suara aku bila geram lain,dan aku paling tak suka kalau ada orang call aku masa aku tengah tidur.suara aku rock gila kalau aku angkat masa tu...sampai kawan aku tanya "siapa ni?" haha..

dan...

Percaya atau tidak?Aku berani tegur orang face to face..sembang-sembang dengan orang yang aku tak kenal,yang baru kenal,dengan budak-budak senior sekolah aku.Dekat luar,terutamanya dekat sekolah lama aku,aku ni sangat friendly.

Tuntasnya,aku nak cakap yang AKU TAK BERANI CAKAP DENGAN ORANG TERUTAMANYA LELAKI DALAM TELEFON DAN YM JE!!

pelik??tapi ini lah hakikat....aku sendiri pun tak tau kenapa aku macamni sebab kebiasaanya dalam telefon lah orang berani dekat luar pemalu.Tapi aku lain,dalam telefon tak berani,pemalu ya amat tapi kat luar ok je.nak-nak lagi kalau bersembang dengan yang sekepala dengan aku..

lastword : aku ni pelik kan?


You may also like

10 comments:

NAZ said...

ahaha pelik tapi logik

Yuyin Azman said...

haha... :)

Adziim said...

Memang btul pelik. Terbalik.

Yuyin Azman said...

ye,saya memang pelik.. :)

Bukan Eciz said...

ekekek tak pelik la sebab kita sama. dalam telefon sangat pemalu. tapi depan2, aii la peramah ekekekek katie musuk!

Yuyin Azman said...

lol..


wangilahhhhH!!!!!eciz bucukkk!!

Farahin Esa said...

huahuahua....mmg agk pelik....err..pelik la..kih3...

____00000
___0000000__00
__00000000_0000
__00000000_0000_00
___000000___00_0000
_______________0000_00
__0000000000000_00_0000
_000000000000000___0000
_00000000000000000__00_00
_0000000000000000000__0000
_0000000000000000000__0000
__0000000000000000000__00
___0000000000000000000
____000000000000000000
____000000000000000000
____000000000000000000
____00000000000000000
____0000000000000000
___0000000000000000
__0000000000000000
_0000000000000000
_000000000000000
_00000000000000
_0000000000000
_000000000000
__0000000000
___00000000
____000000











brani face 2 face ek..uikss...
tp x dlm tepon...pelik......

Yuyin Azman said...

yup..memang berani depan2...katie penah jerit kat sorg mamat yg katie x knal kat skola..katie jerit "kau pikir kau hot?"sbb mamat tu poyo sgt..haha..

KuBi said...

wakakakakakakaka!!! ngan kubi pon takut ker? mukan kubi nak makan kati pun!! huhhuhu!!

Yuyin Azman said...

takutlah,...haha..