Pemburu Pelangi: Hari yang penuh dengan ke-SAKAI-an dan ke-BLUR-an !

Hari yang penuh dengan ke-SAKAI-an dan ke-BLUR-an !

/
4 Comments
Alhamdulillah....perut aku hampir kenyang setelah makan dua pinggan nasi lepas balik sekolah tadi..kenapa hampir?sebab aku rasa nak makan lagi..hehe..Siapa suruh buat aku tension wahai cikgu dan Mr.Exam?kan nak makan je kerja aku..Oh ye,hari ni penuh dengan keSAKAIan dan keBLURan..

Pagi-pagi seperti biasa aku datang ke sekolah,datang saja sekolah terus lah bukak buku rujukan sebab ada lebih kurang setengah jam sebelum exam BI paper 2 bermula.Tiba-tiba pulak,cikgu yang aku tak suka tu masuk.kenapa aku tak suka dia?teruskan membaca.Dulu dia pernah cakap kat aku "MAK CIK,BOLEH TAK JANGAN BERDIRI DEPAN SAYA.TAK PASAL-PASAL KENA LEMPANG NANTI" lebih kurang macam tu lah.Bayangkan kalau korang berada di tempat aku,korang tak buat salah apa-apa.Padahal korang duduk bukannya betul-betul depan dia.Jauh lah jugak dari dia.amacam?sakit hati tak?

Ok,lupakan..tu hal yang dah lepas.Ni aku nak cerita pasal hari ni(yang dah lepas jugak).Tadi sebelum exam,kelas aku memang bising lah,bahasa india bahasa cina sume ada.Tiba-tiba cikgu tu cakap diorang sakai,dia cakap cina sakai,india sakai banyak kali..Aku pun rasa lega lah sebab dia tak cakap Melayu sakai.Tengok-tengok bila tengah exam,kawan aku jawab soalan apa entah yang tak kena lepastu dia cakap MELAYU SAKAI..What the heck?KAU PUN MELAYU JUGAK!TAK MALU KE KUTUK BANGSA SENDIRI?!

Aku pun abaikan jelah dia,sebab aku tengah cari idea macam mana nak panjang kan essay aku ni dan aku ingat lepas mengutuk tu dia akan diam.Tapi tak..DIA SIAP AMBIK PENYAPU DAN PENYODOK DAN SURUH KAMI BERGILIR-GILIR SAPU TEMPAT MASING-MASING SEDANGKAN KAMI SEDANG MENJAWAB EXAM!!

Bila sampai giliran aku,aku yang tengah fokus nak jawab tu pun BLUR bila cikgu tu bagi penyapu.Lepastu cikgu tu cakap "LEMBAB BETUL LAH BUAT KERJA!" kepala hotak beliau!aku pun sapu jelah..Lepas dah sapu,aku pass kat orang belakang.Aku duduk dan cuba menjawab dengan tenang.Tapi,MASYAALLAH!cikgu!!!! kau ni banyak sangat makan bontot ayam ke?apasal mulut kau tak boleh berhenti merepek?memekak je! haish...nak je aku cakap macam tu..

dan dia tak habis-habis dengan ayat dia "eh?aku kena rogol ke?aku kena rogol ke?" sambil buat gaya dan suara gedik dia tu..Aku rasa ayat tu dah jadi tagline dia.Dah dua kali dia cakap benda yang sama,hari tu sekali dan hari ni sekali.Aku pun tak tahu apa motif dia cakap macam tu sebab aku hanya terfokus pada ayat dia yang tu saja sebab bunyinya sangat gedik!entah dia cerita apa entah tiba-tiba boleh wujud ayat tu.

CIKGU SAYANG~TAK RETI NAK BERBUDI BAHASA KE?KE NAK SAYA AJARKAN?nak je aku cakap macam tu..

Aku rasa lah kalau ada pisau kat sebelah aku tadi dan kalau iman aku ni tak cukup kuat dah lama dah aku tikam dia.AKU TENGAH BUAT EXAM LAH WEYH!SENYAPLAH!NAMA JE CIKGU!! masa dia tengah membebel,merapu meraban aku cuma cakap "bising" sambil mengeluh je,aku rasa org sebelah dengan belakang aku je yang dengar.nak je aku cakap kuat-kuat..tapi kang tak pasal-pasal dapat penampar percuma.

Nasib baik lah cikgu ni tak ajar budak perempuan kelas aku Kemahiran Hidup,kalau dia ajar.Sumpah aku akan selalu ponteng kelas dia.Kesian budak-budak lelaki kelas aku kerana terpaksa berhadapan dengan cikgu yang berperangai macam tu..ok stop,dah tak larat nak cakap pasal cikgu ni lagi.MENAMBAHKAN SAKIT HATI YANG ADA JE!

KALAU PMR NANTI ADA PENGAWAS DEWAN YANG GILA MACAM CIKGU NI BOLEH GILA AKU DIBUATNYA!

sejak dari balik sekolah tadi aku asyik cakap :

APALAH NASIB MARKAH ESSAY AKUUUUUUUU!sobs.. T_T

Lepas rehat,ada kertas BI paper 1.ok je aku jawab.alhamdulillah..lepastu pula soalan sains kertas 2.PERGHH! sekali lagi aku BLUR..soalan macam tak boleh susah lagi je..

Loceng berbunyi menandakan peperiksaan pada hari ini sudah tamat dan tiba masa untuk pulang..Dalam perjalanan aku nak keluar sekolah,ada lah sorang budak ni dia pegang aku,dia cakap "kak khatijah,mak nak alamat rumah" sekali lagi aku BLUR..siapa pulak budak ni tiba-tiba mintak alamat?hati aku berbisik.Aku yang tengah BLUR tu pun jawab "errr...nak sekarang ke?tak ingat lah pulak.." budak tu pon jawab "esoklah" aku pon kata ok dan terus beredar.Aku fikir siapa budak tadi.Rupa-rupanya...lerrrr...anak sedara aku rupanyaaa..teruk betul auntie ni sampai boleh tak ingat anak sedara dia.SETELAH LIMA BULAN BERADA DI SEKOLAH NI,BARU AKU TAU ANAK SEDARA AKU SATU SEKOLAH DENGAN AKU..dan..SETELAH LIMA BULAN BERPINDAH,AKU MASIH TAK INGAT LAGI ALAMAT RUMAH PADAHAL PENDEK JE,BUKANNYA PANJANG BERJELER PUN ALAMAT RUMAH TU!Tapi kan,bagus jugak dia ni panggil aku kakak,tak panggil aku maksu/makcik.(dulu aku maksu,disebabkan adik aku.aku dah jadi makcik..huaaaa)oh ye,dia ada abang yang sebaya dengan aku..entah-entah..abang dia punnn...tapi tak kan lah aku tak perasan abang dia..ayah diorang(sepupu aku) selalu main batu seremban dengan aku dulu.Bila aku datang rumah diorang je dulu, ayah dia tanya aku bawak batu seremban tak.Kelakar betul orang yang dah besar,dah jadi cikgu pun (bekas cikgu sekolah baru aku ni) nak main batu seremban dengan budak-budak macam aku.Dah lama tak jumpa dia,tak taulah bila nampak aku dah besar,dah sekolah menengah ni still lagi nak ajak aku main batu seremban..HAHA..

P/s : Hari ini penuh dengan keSAKAIan dan keBLURan..aku harap esok lebih baik dari hari ini..semoga aku dapat menjawab soalan dengan tenang esok..amin..


You may also like

4 comments:

Raybond said...

huhu... wujud ek cikgu camtu??? kesian peljar2..

katie said...

ye wujud... T_T

Eciz said...

cikgu tu sesat. sebenarnya dia keje cleaner, bukan cikgu. HAHAHA

katie said...

Tu lah pasal..