Kalau Nak Mati Cepat,Jangan Heret Aku Sekali!
/
11 Comments
Banyak kempen telah diadakan tapi tahap kesedaran tentang bahayanya rokok terhadap perokok-perokok diluar sana masih tidak berkurangan.Masih ramai lagi yang merokok.
aku rasa tagline "TAK NAK MEROKOK!" ni patut diubah kepada "MEROKOKLAH KALAU NAK CEPAT MATI!"sebab manusia ni kadang-kadang benda yang dilarang itu lah yang dia nak buat.kenapa ek?
Dalam keluarga aku hanya ayah aku seorang saja yang merokok,aku tak tau macam mana nak suruh dia berhenti.Abang-abang aku dilarang sama sekali oleh mak aku untuk merokok.
Boleh dikatakan ramai jugalah kawan aku yang merokok.Adalah dalam 5 orang dan semuanya lelaki.Mereka ini bukannya budak kelas belakang tapi kelas depan,kelas yang pelajarnya merupakan pelajar-pelajar harapan sekolah.
dan......sekarang ni perempuan pon merokok...! haish....
Aku rasa merokok ni adalah suatu benda yang sia-sia dan membazir duit.Dah lah mahal!banyak lagi benda yang mereka boleh beli selain rokok tapi kenapa rokok jugak yang mereka beli?
Aku paling pantang kalau aku pergi ke kedai makan,ada orang merokok berhampiran aku.Rasa macam nak je aku baling apa yang ada dekat depan aku dekat si perokok itu.Sesak nafas aku!kita semua tahu,sekiranya kita menghidu asap rokok,kita juga akan mendapat keburukannya.
KALAU NAK MATI CEPAT,JANGAN HERET AKU SEKALI!
Kenapa orang merokok?
KETAGIHAN
-Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.
NIKOTIN
-Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.
KESAN
Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak
- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa
MAHU BERHENTI MEROKOK?
Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok.
Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.
Mengapa anda rasa mahu Mengapa tidak anda...
menghisap rokok?
Gementar_________________Bersantai
Susah menumpukan perhatian__Bertukar-tukar aktiviti
Sembelit__________________Makan buah-buahan
Merungut_________________Tarik nafas panjang
Letih____________________Dapatkan tidur yang cukup
Mulut kering______________Minum air berais
Batuk___________________Mandi air pancuran hangat
Pening___________________Dapatkan udara segar
Susah tidur_______________Berendam di dalam air yang hangat
Tegang__________________Bersenam
Sedang menelefon_________Menconteng atas sehelai kertas
Memandu_______________Menyanyi!
Lapar__________________Minum air
Bosan__________________Terus aktif
Tiada tenaga_____________Rehat
Murung_________________Baca buku atau majalah
Tahniah! Anda telah Mengapa tidak
bersih untuk.. anda beli...
1 hari = RM3.50______________Burger
2 hari = RM7.00______________5 tin Coke
3 hari = RM10.50_____________Satu set value meal KFC
5 hari = RM17.50_____________Kaset penyanyi antarabangsa
1 minggu = RM24.50__________Tiket menonton wayang
untuk 3 orang
2 minggu = RM49.00__________Hidangan pizza untuk anda dan
3 orang rakan
3 minggu = RM73.50__________Kemeja T berjenama
1 bulan = RM147.00__________Sepasang kasut sukan
2 bulan = RM196.00__________Sepasang jeans berjenama
3 bulan = RM294.00__________Stereo walkman
6 bulan = RM588.00__________Pemain CD mudah alih
1 tahun = RM1176.001________Set Hi Fi
1 1/2 tahun = RM1,764.001____Set pemain DVD
4 tahun = RM5,110.00________Komputer multimedia
Kata-kata terakhir :
JAUHILAH ROKOK.
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.
dan.....
INGATLAH ORANG TERSAYANG!
anda mungkin juga meminati :
http://khatijahnurain.blogspot.com/2010/04/memaafkan-adalah-jalan-yang-terbaik.html