Pemburu Pelangi: Kalau Nak Mati Cepat,Jangan Heret Aku Sekali!

Kalau Nak Mati Cepat,Jangan Heret Aku Sekali!

/
12 Comments


Banyak kempen telah diadakan tapi tahap kesedaran tentang bahayanya rokok terhadap perokok-perokok diluar sana masih tidak berkurangan.Masih ramai lagi yang merokok.

aku rasa tagline "TAK NAK MEROKOK!" ni patut diubah kepada "MEROKOKLAH KALAU NAK CEPAT MATI!"sebab manusia ni kadang-kadang benda yang dilarang itu lah yang dia nak buat.kenapa ek?

Dalam keluarga aku hanya ayah aku seorang saja yang merokok,aku tak tau macam mana nak suruh dia berhenti.Abang-abang aku dilarang sama sekali oleh mak aku untuk merokok.

Boleh dikatakan ramai jugalah kawan aku yang merokok.Adalah dalam 5 orang dan semuanya lelaki.Mereka ini bukannya budak kelas belakang tapi kelas depan,kelas yang pelajarnya merupakan pelajar-pelajar harapan sekolah.

dan......sekarang ni perempuan pon merokok...! haish....

Aku rasa merokok ni adalah suatu benda yang sia-sia dan membazir duit.Dah lah mahal!banyak lagi benda yang mereka boleh beli selain rokok tapi kenapa rokok jugak yang mereka beli?

Aku paling pantang kalau aku pergi ke kedai makan,ada orang merokok berhampiran aku.Rasa macam nak je aku baling apa yang ada dekat depan aku dekat si perokok itu.Sesak nafas aku!kita semua tahu,sekiranya kita menghidu asap rokok,kita juga akan mendapat keburukannya.

KALAU NAK MATI CEPAT,JANGAN HERET AKU SEKALI!

Kenapa orang merokok?

KETAGIHAN
-Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.

NIKOTIN
-Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.

KESAN
Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan:
- barah mulut
- barah sinus
- barah esofagus
- barah otak
- barah dada
- barah uterus
- barah pundi kencing
- barah buah pinggang
- tiroid
- leukemia
- kelenjar limfa

MAHU BERHENTI MEROKOK?
Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok.

Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.


Mengapa anda rasa mahu             Mengapa tidak anda...
menghisap rokok?

Gementar_________________Bersantai

Susah menumpukan perhatian__Bertukar-tukar aktiviti

Sembelit__________________Makan buah-buahan

Merungut_________________Tarik nafas panjang

Letih____________________Dapatkan tidur yang cukup

Mulut kering______________Minum air berais

Batuk___________________Mandi air pancuran hangat

Pening___________________Dapatkan udara segar

Susah tidur_______________Berendam di dalam air yang hangat

Tegang__________________Bersenam

Sedang menelefon_________Menconteng atas sehelai kertas

Memandu_______________Menyanyi!

Lapar__________________Minum air

Bosan__________________Terus aktif

Tiada tenaga_____________Rehat

Murung_________________Baca buku atau majalah



Tahniah! Anda telah                         Mengapa tidak
bersih untuk..                                        anda beli...

1 hari = RM3.50______________Burger

2 hari = RM7.00______________5 tin Coke

3 hari = RM10.50_____________Satu set value meal KFC

5 hari = RM17.50_____________Kaset penyanyi antarabangsa

1 minggu = RM24.50__________Tiket menonton wayang
                                                                  untuk 3 orang

2 minggu = RM49.00__________Hidangan pizza untuk anda dan
                                                                    3 orang rakan

3 minggu = RM73.50__________Kemeja T berjenama

1 bulan = RM147.00__________Sepasang kasut sukan

2 bulan = RM196.00__________Sepasang jeans berjenama

3 bulan = RM294.00__________Stereo walkman

6 bulan = RM588.00__________Pemain CD mudah alih

1 tahun = RM1176.001________Set Hi Fi

1 1/2 tahun = RM1,764.001____Set pemain DVD

4 tahun = RM5,110.00________Komputer multimedia


Kata-kata terakhir :

JAUHILAH ROKOK.

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT.

dan.....

INGATLAH ORANG TERSAYANG!

anda mungkin juga meminati :
 http://khatijahnurain.blogspot.com/2010/04/memaafkan-adalah-jalan-yang-terbaik.html


You may also like

12 comments:

KaiZeN SHiNoBi said...

ahaks~ cadangan yang baik... akan aq cuba... tengs~ hehehhee

last sekali tuh menarik... hehhee....

komputer woo... hehe bila pikirkan balik btul jgak... hhehehe

katie said...

merokok ke?ok,cuba perlahan-perlahan ye?dan selamat berjaya!

=D

Amanina said...

kalau la duit itu dikumpul... perghhh. banyak gila tuuu

katie said...

yup..memang banyak..nak kahwin pon lepas ni...cukup untuk duit hantaran..hehe...

MangkOk cHenTa ♂ said...

wuhuhuhu
ayh n abg2 aku perokok tegar.
sob3

katie said...

suruh dia baca entry ni..hikhik..

katie said...

*diorang

Kyosingcat said...

Hahaha orang laki isap rokok bg kyo macam dah besa laa kan, tapi bila pompuan isap rokok tu laa rase nk lempang laju-laju hehee....tu kiraan mengikut hari tu untuk sekotak rokok kan? dasat ehh sehari boleh abes sekotak rokok, memang perokok tegar camtu ekekeeke.

katie said...

ceh..lempang laju-laju tu....tak baik pukul perempuan..haha....yup...baik beli benda lain dari rokok...

Syukie said...

Kalau nak hilangkan ketagihan merokok, mesti buat nikotin dalam badan. Hanya orang yang betul2 kuat semnagat sahaja boleh berhenti terus. Itu pun seminggu lepas tak hisap rokok sure demam panas, sebab kadar nikotin dalam badan berkurangan secara mendadak....

http://airfood.blogspot.com/2010/05/berhenti-merokok-dalam-7-hari.html
http://airfood.blogspot.com/2010/05/berhenti-merokok-dalam-7-hari.html

katie said...

tu lahh..bukan senang nak berhenti...btw,tahniah!

armouris said...

lagi info tentang merokok di SIHAT SELALU - Gambar Kanser Mulut Akibat Merokok