Pemburu Pelangi: Pika Pika Sparkling Bright Tea Party

Pika Pika Sparkling Bright Tea Party

/
2 Comments

Hai korang.. Untuk pengetahuan korang, yuyin sekarang tengah praktikal di salah sebuah sekolah di Kuala Selangor. Kesibukan dan tekanan di tempat kerja membuatkan yuyin rasa yuyin nak buat sesuatu yang menarik di hujung minggu untuk releasekan segala stress yang ada. Jadi pada 8 July yang lepas Yuyin dan kawan baik Yuyin yang juga rakan blogger berpeluang untuk pergi ke event Pika Pika Sparkling Bright Tea Party by watsons dengan kerjasama The Butterfly Project.


Penerangan dari wakil dari Watsons tentang produk Pika Pika. 


Pika Pika sebenarnya berasal dari bahasa jepun yang bermaksud sparkle. Basically, ada tiga produk Pika Pika yang diperkenalkan kepada kami.

Dari kanan:

1. Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid 190ml (RM 79.00) - Mengandungi ekstrak buah sebenar, AHA dan BHA. Membantu menghilangkan sel kulit mati and dan membersihkan kekotoran dalam pori-pori yang tersumbat serta senang menanggalkan makeup..

2. Sparkling Peel Off Mask 80g (RM 49.00) - membantu membersihkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak, mengandungi ARBUTIN untuk membantu membantu menghalang bintik hitam dan freckles serta menghalang penuaan.



3. Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel 35g (RM 39.00) - Kesan panas dan sejuk yang membantu membuka pori-pori untuk membuang blackhead dan kotoran. Menthol membantu untuk soothing kan kulit skin dan mengecilkan pori-pori, turut berfungsi membantu membersihkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak. 


Selepas penerangan, tibalah masa untuk No Mirror Makeup Challenge! tapi tanpa cermin pun ramai yang laju dan cantik je makeup, yelah kalau dah hari-hari makeup kan tak dapat tengok cermin pun bukan satu masalah!






Lepas dah makeup, nilah masa yang sesuai untuk kami cuba pencuci muka Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid dari Pika Pika ni.


Serius tak tipu lepas je kami semua cuci muka, semua pakat tak lepas tangan dari sentuh muka sebab muka terasa lembut sangat lepas cuci muka dengan Pika Pika Parkling Bright Fruity Cleansing Liquid ni. Yang lagi best bagi yuyin adalah bila cleanser ni tak mengeringkan kulit, jadi ianya sesuai untuk orang yang ada dry skin macam yuyin ni.

Lepas dah cuci muka dengan pencuci muka dari Pika Pika ni, bloggers pun mencuba Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing yang khusus untuk membuang blackhead, tapi muka yuyin memang jenis tak ada blackhead sangat.

Selain pencuci muka, Pika Pika juga ada Sparkling Peel Off Mask yang sangat best untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, yuyin dah cuba peel off mask ni dekat rumah dan yuyin suka peel off mask ni sebab lepas pakai rasa macam fresh, kulit nampak lagi cerah.


Oh ya untuk pengetahuan korang, Pika Pika ni hanya dijual dan boleh didapati di Watsons je tau. So kalau jumpa Pika Pika ni dekat watsons jangan lupa grab ok?  

Lepas dah habis berkenal-kenalan dan mencuba produk Pika Pika ni. Masa untuk Tea Party! Semua orang macam dah tak sabar nak rasa dessert dan pastry dari Foret Blanc ni






Unicorn macaroon dengan aiskrim tu sangat comel sampai sayang nak makan! Kreatif sangat diorang ni tau. Memang terbaik dessert dan pastry dari Foret Blanc ni.. Yuyin paling suka macaroon dia, sebab bukan sahaja comel tapi inilah pertama kali yuyin rasa macaroon yang menepati cita rasa yuyin, the best yang yuyin pernah cuba so far. 

Kalau korang nak tengok apa lagi yang ada dekat Foret Blanc ni boleh tengok instagram @ForetBlanc , dan mesti lepastu korang akan rasa nak datang Foret Blanc ni! Yuyin pun ada plan untuk datang lagi ke sini dengan kawan-kawan yuyin nanti.


You may also like

2 comments:

Unknown said...

Oh produk jepun, menarik juga tengok packagingya tu

ASTraveller said...

salam singgah dan follow :)