Pemburu Pelangi: NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM IS A GAME CHANGER!

NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM IS A GAME CHANGER!

/
3 Comments
Menanggalkan makeup sememangnya memerlukan kita untuk melakukan lebih dari satu langkah. Selalunya yuyin akan bersihkan makeup menggunakan Micellar water untuk bahagian muka dan makeup remover di bahagian mata, kemudian baru cuci dengan cleanser. Kadang-kadang yuyin akan buat double cleansing dan guna toner untuk pastikan yang muka yuyin dah betul-betul bersih dari sebarang kotoran dan sisa-sisa makeup. Leceh kan? Tapi mencuci muka adalah bahagian yang paling penting sekali dalam skincare routine! Kulit yang tak dicuci dengan bersih akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan pori-pori yang tersumbat akan menyebabkan tumbuhnya jerawat! Tidakkkkkkkkkk! Jerawat umpama mimpi ngeri bagi setiap wanita! Semua orang nak kulit yang flawless dan cantik macam Nicole Kidman, duta Neutrogena yang terbaru tu!

Kulit yuyin jenis kering, jadi yuyin pakai yang hydrating punya cleanser. Kalau kulit korang jenis kusam atau berminyak, boleh gun cleanser Neutrogena yang warna biru atau merah.

Dua minggu lepas, yuyin disurprisekan dengan Happy Skin 24/7 kit dari team Neutrogena. Yuyin sangat cerewet dalam pemilihan scrub dan cleanser sebab kulit yuyin jenis kering, kalau salah pakai scrub atau cleanser mesti akan mengelupas lepas tu. Yuyin dah cuba ketiga-tiga produk ni, semua best, takde satu pun yang buat kulit yuyin mengelupas lepas pakai(rasa lembut je muka lepas pakai)! tapi yang paling yuyin suka dan jatuh cinta, mestilah Neutrogena Deep Clean Hydrating Cleansing Oil To Foam! Dengan adanya Neutrogena Oil To Foam Cleanser ni yuyin dah tak perlukan micellar water dan makeup remover lagi sebab Neutrogena Oil To Foam cleanser ni bertindak sebagai pembersih muka dua dalam satu, dari minyak ke buih membuatkan Neutrogena Oil To Foam ni bertindak sebagai makeup remover dan juga pembersih muka dalam masa yang sama! Neutrogena Deep Clean Oil To Foam Cleanser is a game changer!

YESSSS, GIRLSSSS THIS IS WHAT WE WANT!
NEUTROGENA DEEP CLEAN HYDRATING CLEANSING OIL TO FOAM IS SUCH A BAE! *Jejoget*

Yuyin tak ragu-ragu untuk kata yang
Neutrogena 2-in-1 Oil to Foam cleanser ni adalah pilihan yang tepat.
Cuci sekali je dah rasa fresh dan bersih!


Bagi yuyin, Neutrogena Oil to Foam cleanser ni adalah penyelamat untuk student yang selalu busy macam yuyin ni dan juga sesuai untuk wanita bekerjaya di luar sana sebab ianya sangat menjimatkan masa, pakai cleanser ni je dah cukup. Kalau nak pergi mana-mana atau keluar seharian, yuyin mesti akan bawa cleanser ni bersama. Bukan setakat jimat masa, malah menjimatkan ruang beg untuk korang yang suka travel!

Selain menjimatkan masa, korang juga dapat jimatkan duit. Satu Neutrogena 2-in-1 Oil to Foam cleanser yang 142ml ni cuma RM44.90 je tau, sangat berpatutan bagi yuyin. Yela kalau korang beli cleanser dan makeup remover lain secara berasingan, cleanser tu je dah berapa lepastu kena beli makeup remover lagi, silap-silap lagi mahal harganya.

2 fungsi berbeza dalam satu produk yang sama? 2in1 cleanser dalam satu harga? Kenapa bayar lebih? Gunalah Trivago Neutrogena Deep Clean Oil To Foam Cleanser!


So, ada 5 sebab utama untuk korang bertukar kepada Neutrogena Deep Clean Oil To Foam cleanser ni:

1. DIUJI SECARA DERMATOLOGI ü
2. TAK MENGERINGKAN KULIT ü
3. HARGA BERPATUTAN ü
4. 2-IN-1 (MENJIMATKAN MASA DAN WANG) ü
5. MEMBERSIHKAN MUKA SECARA TOTAL DENGAN SEKALI CUCIAN ü


Amacam? Boleh jadi Nicole Kidman tak? Nicole Kidman versi berhijab hiks ;)



You may also like

3 comments:

Mieza S said...

macam best je produk ni. sebab selalu balik event, pakai remover yang . entahlah nak cakap. lepas siap mandi, lap pakai tuala pun. Masih ada kesan celak. itupun lepas pakai remover try la tonyoh muka, ada lagi sisa mekap yang tinggal. Mungkin aku patut cuba yang ni pulak untuk lebih jimat dan kesan yang lebih power.

Bonde Zaidalifah said...

Wahhh bagus yea produk Neutrogena ni...nampak kulit Yuyin bertambah cantik

Sue Izza said...

menarik makin cantik la awak