Simpan, Menang dan Buat Duit Lebih Dengan SSPN-i Plus PTPTN !
/
0 Comments
Jumaat yang lepas yuyin berkesempatan pergi ke wisma PTPTN untuk Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Pemasaran Online dan Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah. Berjalan kaki dari KLCC ke menara PTPTN, sampai-sampai je ini yang yuyin nampak...
Terbeliak mata haaa nampak kereta mewah dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah! Bukan setakat kereta je, motor dan tv pun ada! fuhh *lap peluh*
Sumber benashaari.com
Ucapan alu-aluan dimulakan oleh pengerusi PTPTN, YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dan dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mewakili YB Dato' Seri Idris Jusoh yang tidak dapat hadir. Kedua-dua YB juga ada menekankan tentang kepentingan dan kelebihan menabung dalam skim simpanan terbaru PTPTN, SSPN-i Plus yang mula dilancarkan pada 8 Jun 2015 yang lalu.
Apa itu SSPN-i Plus? SSPN-i Plus adalah pelan simpanan pendidikan terbaru PTPTN yang dilengkapi dengan takaful. Boleh klik entri yuyin seminggu yang lepas, SSPN-i Plus Tabung Simpanan Pendidikan Terbaik untuk tahu lebih lanjut mengenai SSPN-i Plus dan keistimewaan-keistimewaannya.
dan... part yang paling best adalah... sesi cabutan bertuah!
Tahniah buat para pemenang, tidur lena sebulan, dapat kereta free dengan menabung je.
Best kan? Nak menang jugak? Jangan risau, akan ada lagi cabutan bertuah di masa akan datang! Ini diaaa...
Hadiah pertama apartment bernilai RM500k tu!
haa macam mana nak menang? Untuk yang tak tahu, penyertaan untuk cabutan bertuah dilakukan secara automatik dengan simpanan serendah RM50 jerrr... Akak tudung pink yang menang BMW dalam gambar atas tu pun simpan RM100 je setiap bulan mula dari Disember 2015, rugi tak menyimpan dari sekarang, mana tahu rezeki menang salah satu hadiah, hadiah semua mahal-mahal pulak tu bukan calang-calang punya hadiah.
Selain mencarum setiap bulan dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lumayan, PTPTN juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mencari pendapatan sampingan dengan menjadi Ejen Online PTPTN (EOP) selaras dengan dunia siber tanpa sempadan.
Siapakah Ejen Online PTPTN (EOP) ?
2 Jenis Ejen Online PTPTN dan jumlah komisen
1. Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i plus secara online sahaja. 15% komisen akan diberikan untuk setiap pembukaan akaun baru SSPN-i Plus.
2. Ejen Pemasaran Online (EPO) adalah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO boleh memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan face-to-face. 25% komisen akan diberikan untuk pembukaan akaun baru SSPN-i Plus dan 0.25% komisen diberikan dari amaun simpanan bulanan selama 24 bulan.
Lumayan kan? Semua orang layak menjadi EOP asalkan berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas. Blogger dan social media influencer memang sangat digalakkan untuk mendaftar sebagai ejen, korang yang buat bisnes online pun apa salahnya mendaftar jadi ejen, percuma je, sambil promote barang sendiri boleh selang seli promote SSPN-i Plus pulak, gittew.
Berminat mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN? Klik Sini
Download kit ejen online untuk info lanjut Klik Sini
Yuyin pun dah mendaftar! :)