Pemburu Pelangi: Buffet Ramadhan 2016- Restoran Istana Bambu Menepati Citarasa Melayu!

Buffet Ramadhan 2016- Restoran Istana Bambu Menepati Citarasa Melayu!

/
2 Comments





Melangkah masuk ke Restoran Istana Bambu di Jalan Ampang ini, yuyin rasa terpukau dengan dekorasi restoran ini yang berkonsepkan perkampungan buluh di tepi sawah padi. Terus teringat kampung! Suasana kampung dan dekorasi restoran yang menggunakan bambu menyerlahkan lagi keunikan restoran yang terletak di pinggir kota ini. Bulan Ramadhan nanti kalau tak sempat nak balik berbuka di kampung kerana kesibukan kerja dan sebagainya, yuyin cadangkan korang bawa keluarga ke Restoran Istana Bambu untuk iftar bersama, harga pun berpatutan!



 Bagi yang sukakan privacy macam yuyin bolehlah pilih untuk makan di gazebo. 
Takdelah segan kalau orang sebelah tengok kita makan banyak! #eh



Restoran Istana Bambu boleh memuatkan sehingga 600 pelanggan pada satu satu masa, dengan lebih 70 hidangan disediakan untuk buffet ramadhan tahun ini, jangan risau, parking di sini sangat luas, kemudahan surau juga turut disediakan untuk kita bersolat.

Antara hidangan yang disediakan.

 Kambing Golek.

 Lala Thai

Butter Sauce Prawn

 Tomyam Seafood

 Asam Pedas Ikan Pari

 Kerabu Mangga dia memang terbaik, rasa nak ratah semua!

Banyak lagi makanan-makanan yang disediakan... ada rendang, ada steamboat, ada bihun sup, ikan patin tempoyak, air cendol dan macam-macam lagi.. Dari masakan melayu tradisional, cina, thai, sampailah ke masakan arab, semuanya nampak menyelerakan!

Datang jangan tak datang. Selamat berpuasa korang! (awal betul wish..hehe)


Harga:
Dewasa = RM55.60
Kanak - kanak = RM28.35
Kanak - kanak berumur 5 sehingga 11 tahun = Percuma

Lokasi: 
RESTORAN ISTANA BAMBU
Lot 841-842, MRR2 Jalam Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.

Emel: 
aida@istanabambu.com.my
info@istanabambu.com.my

Facebook:
facebook.com/Restoran-Istana-Bambu
Website:
www.istanabambu.com.my

No. tel:
018-3749920 / 03-42514717



You may also like

2 comments:

dayah sanif said...

mcm best je

alya chan said...

Jom sertai giveaway kami. Ada hadiah menarik untuk dimenangi. http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html