Pemburu Pelangi: Ada Apa Dengan Cinta 2, wajib tonton!

Ada Apa Dengan Cinta 2, wajib tonton!

/
0 Comments

Buat peminat-peminat AADC semestinya sequel AADC2 ni sangat dinanti-nantikan. Sejak dari iklan Line lagi yuyin harap sangat dapat tengok sambungan AADC, nak tahu apa jadi dengan hubungan Cinta dengan Rangga. Suka sangat cerita ni sebab ada elemen puisi yang diselitkan.

To be honest, mula-mula yuyin ingat AADC 2 ni sama macam iklan Line cuma dia panjangkan story dia je. Rupanya tak! Dan AADC 2 sangat tidak mengecewakan sama sekali! Yuyin suka bagaimana AADC 2 ni digarap, konflik yang Rangga alami, emosi yang dibawa oleh Cinta... dan AADC 2 dirakam dengan cantiknya, rasa nak pergi New York dengan Indonesia sangat-sangat. Lagu-lagu dan puisi-puisi dalam AADC 2 pun sesuai dengan cerita, mengikut tema, membuai emosi penonton.

Tahniah kepada semua yang menjayakan AADC 2 terutamanya penulis dan pengarah atas hasil yang tak mengecewakan! Terima kasih kerana menghasilkan AADC 2 dengan ikhlas. Nak request buat AADC 3 pulak boleh? Hehe




You may also like

No comments: