Pemburu Pelangi: Kemenangan Demi Kemenangan !

Kemenangan Demi Kemenangan !

/
4 Comments

Okey, hari tu masa bulan 3, time bebudak lepasan SPM ambil result. Aku dan 14 orang yang lain pergi Pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat daerah. Lebih kurang seminggu je kot kami berlatih untuk pertandingan drama ni, tajuk drama yang kami pertandingkan " The Legacy ". Cerita ni agak sedih lah jugak. Aku jadi Prop Master, sediakan barang-barang untuk scene-scene drama ni, yang paling mencabar sekali bila fikir idea nak buat kubur tapi dengan cara yang paling simple. Aku jugak jadi penyemak atas stage untuk satu scene, aku jadi pelakon tambahan bawak watak orang kampung tengah basuh kain lepastu terkejut bila ada orang nak bunuh baby, aku cuma buat-buat basuh kain, buat-buat terkejut, cakap "No!" banyak kali then menjerit, tu je..haha,,

Masa pertandingan ni ada berapa buah sekolah entah tapi ramai lah, memang aku tak expect langsung boleh menang naib johan tapi trainer drama kami confident giler kami boleh menang sebab sebelum-sebelum ni kalau tak menang johan mesti dapat naib johan. Tak sangka lah boleh menang. Pertandingan ni memang sangat-sangat best, yang dapat takhta pelakon terbaik budak sekolah yang jadi johan, serious kagum lah dengan budak perempuan tu sebab berjaya bawak watak orang gila yang dah macam betul-betul gila dah aku tengok. Tapi aku kesian jugak dekat sekolah-sekolah yang tak menang sebab ada props diorang, costumes diorang gila gempak! yang paling sadis sekali bila ada yang lempang orang betul-betul, aku yang duduk barisan yang belakang-belakang pun boleh dengar weyhhh.. betapa kuatnya lempangan tu.. ish ish.. Apapun, Alhamdulillah bersyukur dengan kemenangan pertama ini.

Next,

 Pertandingan Forum Remaja. Juga naib johan.hihi..Aku yang tak pegang hadiah tu,dapat hadiah terus masuk beg, sengal tak? hee..

Ini pun memang tak dijangka ! sebab tahun lepas kami tak menang, plus tahun ni memang ramai yang hebat-hebat hafal teks ada yang tak bawak pun teks naik atas pentas. Yang jadi johan SMKA Kuala Selangor. Aku tabik dengan Panel Terbaik diorang sebab mampu jawab soalan spontan yang diajukan dengan panjang dan yakin. Sebenarnya yang membezakan kami dengan sekolah SMKA ni ialah dari segi soalan spontan. Panel diorang jawab lebih yakin dan panjang sebab tu salah seorang dari diorang dapat anugerah Panel Terbaik. Tapi takpe, kami memang dah disuruh oleh trainer kami untuk ikhlaskan hati sebelum buat persembahan atas pentas lagipun  kami tak nak pun jadi johan sebab nanti kena wakil daerah pergi peringkat negeri, nanti mesti banyak skip kelas!

Oh ye, dan aku dapat...... 
ANUGERAH PENGERUSI FORUM TERBAIK DAERAH KUALA SELANGOR !

Serious aku happy gila bila nama aku diumumkan! rasa macam nak menangis sangat-sangat, over kan? memang lahh.. mungkin korang akan cakap dalam hati "eleh, apa lah sangat setakat dapat plak dengan sijil je" .Memang lah hadiah dia bagi korang biasa-biasa je tapi hadiah ni sangat bermakna bagi aku. Aku pernah pegang takhta Pengerusi Majlis terbaik peringkat sekolah je sebelum ni tapi kali ni peringkat DAERAH. Dalam daerah kuala selangor ni aku seorang je yang ada plak dengan sijil Pengerusi Majlis Terbaik Daerah Kuala Selangor tahun 2012 ni tau.. Memang bersyukur gila sebab dah berapa lama aku ceburkan diri dalam arena cakap-cakap ni, ni lah anugerah tertinggi yang aku dapat. Impian aku lepas yang belum tercapai, nak jadi Pembahas Terbaik pulak, kalau boleh peringkat kebangsaan.. tapi... tapi... mungkin hanya akan tinggal impian.. heee..

Lastly, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat trainer forum kami abang Hafizullah Jamaludin sebab dah latih kami. Lepas ni team aku akan cuba menyertai pertandingan Debat Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan anjuran UIA dengan kerjasama kementerian yang dijangka berlangsung bulan Jun nanti. Harap sangat tiada cikgu yang menghalang hasrat kami sejak dari tahun lepas lagi.. 

Nanti kalau dapat pergi, trainer forum kitorang akan ajak sorang kawan dia yang pernah jadi pembahas terbaik Malaysia satu masa dulu jadi trainer kami..wee~ teringin nak jumpa beliau! :D


You may also like

4 comments:

cik najiha said...

wah bestnya. tahniah eh awak ;)

katie said...

Terima kasih.. ! :D

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Saudari untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di Bangi, Selangor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah melayari blog berikut: http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.

Anonymous said...

blh x ajar saya cara menjawab soalan spontan bila diajukan apabila kita seorang pengerusi