Bila Bestfriend Jadi KING CONTROL !
/
0 Comments
Berbalik kepada tajuk entri, aku ada sorang kawan yang agak rapat jugak lah dengan aku, dia lelaki. Aku mula kenal dia masa form 3, masa tu aku baru bertukar ke sekolah baru dan dia salah seorang daripada classmate aku. Dalam entri sebelum ni, aku ada ceritakan pengalaman pertama aku ber-outing dengan satu komuniti penggemar kamera filem, di mana outing selama 3 hari 2 malam itu diadakan di Pulau Pangkor.
Beberapa hari selepas balik dari Pangkor, mula lah aku dibebel macam-macam oleh si mamat ni di Facebook. Macam-macam nasihat ada tapi yang lebih kepada menyakitkan hati aku sendiri. Tolonglah! Aku pergi Pulau Pangkor je kot, outing dengan orang-orang lain untuk berkongsi hobi yang sama. Salah ? Dan aku Cuma ponteng sekolah sehari je masa hari Jumaat, hari Sabtu pun sekolah tapi merentas desa, aku memang dah tak ada hati nak bersukan-sukan ni. So, hari Jumaat je yang aku tak ada dalam kelas. Tahun ni, setakat ni sekali tu je yang aku ponteng. Tu pun nak jadi isu ke? Aku rasa kau lagi banyak kali tak datang sekolah dari aku.
Oh, tolonglah jangan bahasakan diri kau tu abang dengan aku dan kononnya aku patut patuh dan akur dengan segala keputusan kau. Tolonglah! Kita sebaya kawan, kau tua dari aku sebulan lebih je, tolong jangan over sangat dan kau siapa nak control-control hidup aku? Kau bukannya laki aku pon. Aku pun ada kawan baik, kawan yang aku sayang yang aku kenal lebih 10 tahun, yang aku kenal sejak aku kecik lagi, tapi aku tak pernah nak control-control hidup dia, kalau ada apa-apa tindakan dia yang aku tak suka aku Cuma nasihatkan dia secara berhemah bukan main cakap ikut sedap mulut je macam kau.Tak payah nak tunjukkan yang kau tu risau sangat pasal aku, aku dah besar, tahu lah aku jaga diri.
Yang paling aku sakit hati bila salah satu yang dia “nasihatkan” tu ada tulis yang aku keluar dengan siapa-siapa entah.. Hello cik abang, mereka-mereka yang kau kata “siapa-siapa entah” tu kebanyakannya berpendidikan tinggi dan ada yang kerja bukan sebarangan kerja okey? Aku tak faham betul lah. Aku bukannya bersosial ke arah negative, aku bukannya pergi hisap dadah, pergi merempit ke apa. Aku Cuma nak tambahkan kawan dan nak tambahkan ilmu disamping dapat berkongsi minat yang sama dengan orang lain.Aku pergi Pangkor jugak untuk tenangkan diri. Tu je. Kenapa susah sangat kau nak faham aku? kau dah nak 3 tahun kenal aku, kau tahu masalah yang paling berat yang terpaksa aku hadapi dengan tabah sejak dari tahun lepas, sepatutnya kau faham aku bukan hentam aku.
Bila dah buat aku sakit hati, Boleh dengan slumbernya kau text aku wish selamat pagi lah, ajak pergi minum dekat kedai kau nak belanja lah, ajak pergi jogging lah. Sorry, aku tahu kau anak orang kaya, tapi kalau kau rasa dengan belanja aku, kau boleh buat aku jadi riang ria macam tak ada apa yang jadi.
KAU SILAP.