Pemburu Pelangi: Review LomoTembak : Siri Berlari Ke Pangkor Bersama The LomoRangers!

Review LomoTembak : Siri Berlari Ke Pangkor Bersama The LomoRangers!

/
0 Comments
Hai semua.
Sorry baru berkesempatan nak update blog. (alasan)
2-4 haribulan mac lepas, aku join outing komuniti "The LomoRangers" ke Pangkor.
Ok firstly, The LomoRangers ni merupakan sebuah komuniti yang menggunakan kamera analog iaitu kamera yang menggunakan filem. Jangan ingat guna kamera analog ketinggalan zaman atau dah pupus okey sebab ramai yang guna lagi, tak percaya pergi search dekat FB, tengok berapa ramai member group ni.

Malas nak taip panjang-panjang, moh lah kita tengok video bawah ni. Dari salah seorang yang pergi outing ni.


Mereka sangat awesome, seriously. Dan percaya tak kalau aku cakap aku yang paling muda join? aku satu-satunya 'budak sekolah' yang join.Dalam 20 lebih orang yang pergi sorang je yang aku pernah jumpa sebelum join outing ni tu pun sebab aku nak beli kamera SLR. Disebabkan aku paling muda dan pertama kali join diorang outing, aku agak pendiam. eh bukan agak tapi memang pendiam! malu lah, lagi-lagi bila asyik kena sakat je. hehe.

Aktiviti yang paling aku suka aktiviti LOMO MATRIX dengan snorkeling. Bagi yang tak tahu Lomo Matrix ni apa, masa buat Lomo Matrix ni kami semua kena buat bulatan, duduk, lepastu seorang demi seorang akan buat apa-apa aksi di tengah-tengah bulatan dan semua orang akan shoot aksi yang orang dekat tengah tu buat. Kiranya bila dapat tengok semua hasilnya, kita dapat tengok dari setiap sudut aksi yang dibuat tu, depan tepi belakang barat laut semua dapat tengok kecuali dari atas dengan bawah.

Dan ada satu sesi yang sangat membuatkan aku teruja! yang ada masa sesi ni tak sampai 20 orang tapi kamera lebih dari 50 bila dikumpulkan. Tengok ni,


Sesi meracun kamera dan filem.. Serious, aku dah teracun! ada 2-3 kamera yang aku target nak beli lepas ni. Masa ni pon best, boleh pegang-pegang kamera yang tak pernah pegang, boleh tengok macam-macam kamera. Teruja gila aku tengok semua kamera-kamera ni.

Lastly, aku kagum tengok silaturahim yang mereka tunjukkan. Macam satu family. Ramai yang tolong aku, ada yang jaga aku macam adik sendiri, terharu.Aku harap satu hari nanti aku dapat outing dengan mereka-mereka lagi.. (haih..bila lah nak besar ni..)


You may also like

No comments: