Pemburu Pelangi: J U T A W A N !

J U T A W A N !

/
0 Comments
 Hai. eh?
hehe, entri kedua untuk malam ini. Kemain aku. Sorry sorry sorry pembaca sekalian (ceh..blog aku ada ke pembaca setia?). Tahun ni aku memang agak busy untuk bergiat aktif berblogging macam dulu-dulu, idea untuk mengupdate memang selalu datang malam-malam tapi bila tak berkesempatan untuk mengupdate jadi idea itu hilang begitu sahaja dan tahun ni aku banyak online pakai handphone daripada laptop disebabkan beberapa kekangan. Nak update blog pakai handphone xperia x8 aku tu memang tak lahhh...

Oh okey, tak nak membebel panjang-panjang nanti korang tekan pangkah kat atas tu.hehe.. Cakap pasal JUTAWAN, siapa yang tak nak jadi jutawan kan?  tipu lah kalau tak nak, sekarang semua benda perlukan duit, nak masuk tandas pun kadang-kadang kena bayar.Salah satu cita-cita aku sejak dari dulu, aku nak jadi businesswoman berjaya. Kenapa salah satu? sebab cita-cita aku ada lah dalam 3-4.. haha.. Aku nak jadi businesswoman, aku nak jadi pemain saham yang hebat, aku nak jadi chef, nak jadi pakar psikologi dan nak jadi novelis? banyak tak?

dah dah jangan lari topik (cakap dengan diri sendiri).. 

Hari tu aku ada pergi satu seminar ni, mula-mula aku ingat aku tak dapat pergi sebab masa cikgu bagitahu pasal seminar ni, aku tak ada dekat sekolah sebab pergi pertandingan forum, so bila dapat tahu aku pun pergi pejabat jumpa PK Hem cakap nak pergi sebab benda ni cikgu pilih 50 orang je pelajar untuk pergi, aku suka dengar motivasi, tengok orang bercakap sebab tu aku rasa rugi kalau tak pergi. Seminar ni Seminar Kenali Potensi Diri dan Transformasi Minda 360 Darjah di Hotel Sun Inns Kuala Selangor. Motivator yang bertanggungjawab memberi motivasi ialah Shameem Ahmad. Bagi sesiapa yang tak kenal siapa Shameem Ahmad ni, beliau merupakan JUTAWAN MUDA buat masa sekarang.Beliau baru sahaja berusia 19 tahun dan masih menuntut di UPM.

Antara kata-kata yang paling aku suka semasa seminar ni ;

"Jangan hidup atas sudut pandangan orang lain."

"Kalau anda FOLLOW orang berjaya, anda TERPAKSA berjaya."

"Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian. Jadi kenapa mesti berlakon seperti seburuk-buruk kejadian?"

Susah nak jumpa orang yang tak berapa nak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam SPM boleh berjaya sampai ke tahap ini walaupun aku tak rasa yang beliau ni tak pandai, kalau tak pandai takkan lah boleh masuk UPM kan? Universiti idaman aku tu, abang aku pun pernah bergelar mahasiswa dekat UPM dulu. Beliau cuma tak berapa nak perform je dalam SPM, tak dapat mencapai keputusan yang A plus plus plus tu je. Tapi sesuatu yang boleh dibanggakan lah walaupun tak dapat 10A+ , tak dapat result yang gempak-gempak sampai keluar berita tu tapi beliau mampu buktikan yang beliau boleh berjaya. Buktinya, umur baru 19 tahun dah masuk majalah Bicara Jutawan. Mana nak jumpa orang macam ni?

Yang aku tau dulu, saudara Najmil Faiz, kalau ada yang tau pasal beliau, dulu beliau merupakan seorang yang pernah kecewa dalam SPM, beliau mampu bangkit dan berusaha sampailah beliau berjaya membentangkan penggunaan teknologi nano di Parlimen Britain. kagum kan? Jadi, sila gunakan khidmat Encik Google untuk keterangan selanjutnya mengenai beliau..hihi..

Sepatutnya, orang-orang macam ni lah yang kita patut banggakan, patut dijadikan contoh. 



Keratan akhbar Sinar Harian 15 April 2012.
Aku orang pertama dari kiri, Shameem Ahmad orang kelima dari kiri. :)

Seminar yang dianjurkan sangat menarik, jadi kalau berkesempatan jangan malu-malu untuk sertai seminar beliau pada masa-masa akan datang.
 Anda boleh pergi ke blog beliau http://rxyoungpm.blogspot.com/ ..

Semoga beliau akan terus maju jaya dalam apa jua yang beliau ceburi selepas ini. Aamiin..


You may also like

No comments: