Pemburu Pelangi: #1 Obses - Rilakkuma

#1 Obses - Rilakkuma

/
0 Comments
Hari ni dah start exam subjek-subjek penting. Yang peliknya exam kali ni, exam untuk subjek-subjek penting yang aku akan ambik masa SPM nanti dimulakan dengan paper ADDMATH! Adoiii... Memang soalan addmath tadi membunuh betul. Kalau kertas soalan tu makanan dah lama aku makan. Sampai buat aku demam-demam time nak jawab. Balik rumah baru suhu badan aku dah kembali normal. huhu

Okey, berbalik kepada tajuk entri ni.
Siang tadi lepas aku hantar adik aku pergi sekolah aku pergi lah kedai hadiah yang aku selalu pergi dulu sebab banyak benda-benda comel dekat situ..hee..
Aku pergi dengan satu tujuan.cewwah! nak cari hadiah hari jadi kawan aku. Hari jadi kawan baik sekelas dan semeja aku ni 30 haribulan April lepas..hihi..lambat betul aku kasi hadiah. Hmm.. kalau nak tau, aku ni memang jenis yang susah nak pilih hadiah untuk dihadiahkan dekat orang. Kalau tak ada apa yang menarik perhatian aku tapi aku terpaksa jugak pilih salah satu hadiah dekat dalam satu-satu kedai tu maka akan jadi lah macam siang tadi. Aku rasa adalah sejam aku dekat dalam kedai tu bertawaf akhirnya beli jugak hadiah untuk kawan aku.

Beberapa bulan ni, aku tertarik dengan menatang ni....

Sumber : cari dekat google..hikhik

Bukan menatang ni yang aku beli untuk kawan aku, sebab kalau aku beli mesti kena beli dua kalau tak nanti aku tak sampai hati nak bagi dekat kawan aku..hihi.. sorry, orang obses dengan benda comel memang macam ni..

Tapi si rilakkuma ni comel kan? comel kan? macam teddy bear ! sepupu sepapat diorang(dia bukan orang, dia patung) lah tu kot.. HAHA.. okey.. dari hasil google menggoogle aku.. Apa yang aku dapat, nama rilakkuma ni hasil dari kombinasi dua perkataan iaitu relax dan kuma. Relax seperti yang korang sedia maklum bermaksud istirahat/santai dan kuma bermaksud bear atau dalam bahasa melayunya beruang.. Jadi maksudnya rilakkuma ni beruang santai.. Tengok lah muka dia pun, santai je kan? macam takde perasaan pun ada.. eh? dia kan patung mana ada perasaan! hee..lupa lupa! 

Hmm.. Birthday aku dah lepas, tak dapat nak bodek sesiapa belikan..hihi.. nak beli sendiri tak mampu sebab kalau diri sendiri yang nak mestilah nak yang besar tu kan kan? boleh buat jadi bantal peluk malam-malam tapi esoknya automatik dia akan ada bawah katil.. lalala~

P/s: Aku tak suka dashboard blogger yang baru! tak suka! tak suka! boleh tak nak tukar yang lama? kalau ada sesiapa tau macam mana, bagitau ek?




You may also like

No comments: