Terima Kasih Zahiril Adzim !
/
17 Comments
Lebih kurang pukul 11.10 minit pagi. Posmen datang rumah aku. Aku dah dapat agak apa yang bakal aku terima. TERUJA, itu sahaja perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan aku waktu tu.
Tadaaa..Abaikan manusia(aku) yang sibuk nak menyelit jugak dalam gambar tu..masa ni aku tangkap guna webcam lappy aku,maybe sebab tu buku tu jadi camtu..nak yang lebih jelas tengok bawah ni..
Dah lama aku cari buku ni start dari bulan puasa haritu lagi tapi asyik tak dapat je.. Tak sampai stok lagi lah, tak ada lah, dah habis lah. Penat jugak aku cari buku ni tapi aku rasa ada hikmah disebaliknya. Hikmahnya, aku dapat beli terus dari Zahiril Adzim sendiri. Siap dapat tandatangan beliau lagi. Tengok bawah ni.
Zahiril Adzim tulis di halaman pertama buku beliau selepas kulit buku "Thank you Khatijah Nur Ain!" hee~ sama-sama dan terima kasih kerana eja nama saya dengan penuh dan betul tak macam beberapa orang makhluk yang saya pernah jumpa.
Aku tak sempat nak habiskan bacaan aku lagi. Aku kena pastikan aku faham apa yang beliau cuba nak sampaikan walaupun ada satu catatan beliau dalam buku ni yang aku sempat baca yang bertajuk “Pencuci Mulut” aku tak berapa nak faham start dari tiga perenggan yang terakhir. Tapi aku akan cuba fahamkannya nanti.
Catatan beliau “Kita Peniru Profesional” mengingatkan aku pada kata-kata salah seorang cikgu aku. Cikgu aku pernah cakap “Meniru adalah salah satu daripada proses pembelajaran”, aku ingat lagi.
Dan puisi beliau “Mengheret Perit” buat aku sebak, dah lah aku ni spesies yang suka membaca malam-malam, menulis malam-malam, baru ada feel..hehe.. Dan satu ayat ni betul-betul kena dengan apa yang pernah aku lalui, “Hari-hari yang meriah indah sebelum ini tiba-tiba hilang”.. Aku pernah rasa bukan sehari tapi berhari-hari malah berbulan-bulan, aku tak nak cakap lah apa yang berlaku sebab aku tak nak minta simpati dan aku seorang yang suka memendam (bukan pendendam) tapi tak mungkin aku akan dapat balik apa yang hilang itu melainkan dengan kuasa Allah.

Jujur aku cakap, aku tak pernah minat mana-mana pelakon macam mana aku minat zahiril adzim. Aku mula perasan kewujudan beliau di kaca tv masa cerita 6 Progresif (maaf, kadang-kadang aku lebih suka mengadap komputer riba kesayangan aku dari mengadap tv sebab ada beberapa cerita yang ditayangkan kadang-kadang menjengkelkan aku, cerita yang agak stereotaip, walaupun pelakon lain, tempat lain dan macam-macam lagi yang lain tapi ceritanya sama,contohnya cerita pasal cinta terhalang, ibu bapa tak berkenan dengan bakal menantunya sebab berbeza status. Membuatkan aku bersetuju bulat-bulat dengan video Matluthfi ni ). Aku suka cerita 6 Progresif tu dan aku suka watak yang beliau lakonkan tapi aku lagi suka watak daim dalam Juvana. Aku akan cuba untuk tengok setiap lakonan beliau.
“Jom tengok klip 3gp!” ajak aku kepada salah seorang sahabat lelaki aku yang selalu tengok wayang dengan
aku.
aku.
“Aku tak suka cerita tu. Aku tau kau nak tengok cerita tu sebab ada Zahiril Adzim kan?”
Cis! Dia tau!
Cis! Dia tau!
Aku pun dah tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menjawab “haah”.
Aku sukakan lakonan beliau yang nampak bersahaja terutama dalam 6 Progresif dan aku makin minat bila aku terjumpa blog beliau. Aku suka baca kata-kata puitis dan bagi aku penulisannya sangat menarik dan berseni. Aku minat penyanyi Aizat dengan Yuna pun sebab lirik lagu mereka puitis dan kadang-kadang ada sesetengah lirik yang buat aku terfikir apa sebenarnya yang diorang nak sampaikan. (terpulang pada kau orang nak cakap aku minah jiwang ke apa. Aku tak kisah, silakan) Aku juga sukakan puisi dan harini aku nak kantoikan yang aku ada blog puisi dan ini blog aku, Puisipicisanku. Aku tak sangka aku akan dapat 11 follower hanya kerana satu puisi sebab pada mulanya aku memang tak berharap dan rasa tak ada sesiapa yang akan follow blog puisi aku. Tapi aku silap. Dan bila dah ada orang follow, aku jadi segan nak post puisi kat blog tu sebab segan bila orang yang lebih dewasa dari aku baca puisi dari budak bawah umur yang berumur 16 tahun macam aku ni.
Aku berharap sangat yang beliau sudi jenguk blog picisan aku. Aku tau blog aku tak sefamous blog beliau. Tengoklah follower-follower aku, dah nak tiga tahun aku berblogging tapi…………….haih…
Oh ya, aku dapat cenderahati yang sangat sweet dari beliau. Sekeping gambar depan dan belakang. Seriously, aku suka!
Oh ya, aku dapat cenderahati yang sangat sweet dari beliau. Sekeping gambar depan dan belakang. Seriously, aku suka!
Walau apa pun, aku akan sentiasa menyokong beliau. Dan aku doakan beliau dan isterinya akan bahagia sampai bila-bila. Amiin..
P/s : Maaf entri kali ini penuh dengan gambar.hehe..