Pemburu Pelangi: MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

/
3 Comments
Hari ni aku nak join Giveaway dari Mak Dara. Aku ni spesies yang sangatlah tak rajin join GA sebab banyak GA yang ikut nasib je. Maksud aku, penganjur pilih pemenang secara random. Tapi GA kali ni lain dari yang lain sebab Mak Dara minta kita BERIKAN SATU TAJUK FILEM. Dan yang paling menarik perhatian aku, nama pemenang tempat pertama akan menjadi nama salah satu watak dalam skrip terbaru beliau. Menarik kan? Hadiah-hadiah pun menarik jugak, dapat tempat ketiga pun dah cukup bersyukur. Sesiapa yang nak join sila klik banner Mak Dara kat atas okey?

Dan tajuk filem yang katie nak pertaruhkan...

"Aku Puisikan Nama Mu Khatijah Nur Ain"

Maaf kalau Mak Dara rasa tajuk ni terlalu jiwang dan terlalu panjang. Mula-mula katie ingat nak bagi tajuk "Alahai Khatijah Nur Ain" mungkin boleh berkisarkan tentang seorang perempuan yang kelakar atau pasal nama dia yang dimodenkan sedikit sebab yang kita selalu jumpa nama Siti Khadijah, Siti Khatijah atau Khatijah je. Setakat ni katie tak pernah jumpa lagi orang yang namanya sama dengan katie. Tapi bila fikir-fikirkan balik, alang-alang nak letak nama sendiri biarlah sedap dan romantik sikit bunyinya. Dan disebabkan katie sukakan puisi dan katie juga suka dan menghargai nama katie yang diberikan sendiri oleh emak katie, jadi katie bagi tajuk "Aku Puisikan Nama Mu Khatijah Nur Ain".

Harap-harap ada rezeki untuk katie kali ni.. Amiin.. 
Dan terima kasih Mak Dara sebab buat giveaway yang menarik ni !


You may also like

3 comments:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Terima kasih kerana sudi join GA Mak Dara ini.. Nantikan keputusannya pada 8hb dis nanti ya .. all the best..

katie said...

Okey..thanks mak dara.. :)

sopisTcated said...

Salam comeyl...;)
nanti singgah blog kak sopis juga eh...;)
http://sopis.blogspot.com/