Pemburu Pelangi: SEGMEN ENTRI PERTAMA AKU BERBLOG

SEGMEN ENTRI PERTAMA AKU BERBLOG

/
1 Comments

Aku dijemput untuk join segmen yang aku rasa cukup menarik oleh kawan aku, Cik Nadia Natasya .. Sebab apa aku kata menarik? sebab segmen ni tak ada tarikh tutup, pelik tapi unik ! aku suka kan sesuatu yang lain daripada yang lain.. dan contest ni akan membuat kita semua mengimbau nostalgia sejarah..ceh ! tak tahan ayat aku..'mengimbau nostalgia'.. Jom kita mulakan !

Pertama sekali, aku mula 'terjebak' dalam dunia blogging ni masa aku form 2.. Blog Suara Hati ni sebenarnya kawan aku yang buat.. Nama kawan aku Farahanna Sueraya.. Dia ni gila-gila dengan sengal-sengal jugak orangnya, masa aku satu sekolah dan satu kelas dengan dia dulu aku pun terikut jadi gila-gila jugak tapi dia ni baik. Dia lah yang buatkan myspace aku masa aku form 1, buatkan email aku, blog aku. Almaklumlah, dulu aku buta IT, masa form 1 baru merangkak-rangkak kenal dunia siber ni.. tapi widget-widget yang ada dekat blog aku ni kebanyakkannya,semua kot, aku yang buat sendiri. Dan layout ni dia yang letak tapi aku bagitau kat dia aku nak ada gambar teddy bear. Peminat tegar teddy bear lah katakan. Dan dikesempatan ni, aku nak menyatakan rasa kagum aku dekat budak-budak sekolah rendah yang dah ada blog, ada aku jumpa siap buat contest lagi tu..aku yang dah nak tiga tahun berblogging ni pun tak pernah buat contest lagi. cayalah ! tabik spring ! aku masa form 2 baru kenal apa itu blog kot.. sadis tak?

Dan ini entri paling bersejarah aku..

Mukadimah

Untuk pengetahuan, entri ni aku buat bersama-sama dengan kawan aku tu, dia ajar aku macam mana nak menulis blog. Dan tak salah aku masa buat entri ni kiteorang dekat Bilik Kaunseling sekolah. Guna komputer kat situ. selamba badak tak? dulu aku rajin ponteng kelas cara baik, tak suka satu-satu subjek ni pergi bilik kaunseling. Tak adalah, sebenarnya aku Pembimbing Rakan Sebaya dekat sekolah lama. Masa tu kiteorang ada pertandingan kerjaya, kena wakil sekolah. Kiteorang kena buat folio tebal giler pasal kerjaya yang kiteorang pilih iaitu pilot. Sambil menyelam minum air lah kan, alang-alang dah ada komputer depan mata
masa tu, apa lagi. Tapi aku tak ingat masa buat entri ni masa tu time sekolah ke tak. Oh ya, entri pertama aku banyak memuji diri sendiri, perasan pun ada. Tapi tu bukan untuk bangga diri ke apa, hanya sekadar bergurau senda sambil meningkatkan keyakinan diri.

Akhir sekali, aku nak ajak kau orang semua yang baca entri ni join segmen ni! aku nak tag orang, aku hanya rapat dengan dua blogger sahaja sebab aku kenal mereka tapi seorang dah join dan seorang lagi telah di tag, tak kan aku nak tag dia lagi sekali.. ye dak? kalau nak join boleh klik banner diatas atau Klik Sini ..


You may also like

1 comment:

wan_cikgumuzik said...

wahhhh.. panjangnya sejarah dan kisah awk berblog.. bagus2.. keep it up..

actually saya baru jerr masuk setahun berblog dan kenal dunia blog bermula umur 28 tahun.. lagi sadis kan?? kikikii