Trend Ada Juga Baiknya !
/
1 Comments
Kawan aku pernah tanya, macam mana kau pakai shawl? dan aku jawab
“Kau lilit ajelah, tak ada sape pandang pelik.”
Maksud aku lilit yang boleh menutupi aurat dan tidak menampakkan rambut,leher dan sebagainya. Dan sebab apa aku kata tak ada siapa yang akan pandang pelik? Sebab sekarang memang banyak style yang pelik-pelik, pakai 3 shawl dalam satu masa dan macam-macam lagi lah…So, kalau kita main lilit-lilit je pun, siapa kisah? Masyarakat dah lali tengok. (pada pendapat aku lah)
Aku ada banyak baca entri-entri yang menunjukkan ramai yang menghentam atau tidak suka dengan trend pemakaian shawl atau adik beradik shawl yang sewaktu dengannya seperti pashmina..
Nasihat aku disini, janganlah disebabkan segelintir orang yang memakai shawl tapi nampak leher,nampak rambut yang serupa ‘baik tak payah pakai tudung’ tu, terus nak menghentam golongan-golongan yang gemar memakai shawl ni. Kita kena tengok cara pemakaian seseorang itu bukan jenis tudung apa yang dia pakai. Aku pernah je tengok tudung bawal yang jarang sampai boleh nampak leher, warna hitam pulak tu.
Boleh bukak kedai tak?hehe..
Berbalik kepada trend. Aku rasa tak salah kalau nak memakai shawl kalau kena dengan cara pemakaiannya. Shawl banyak kebaikannya, tapi aku tak nak cakap pasal kebaikan shawl sebab aku rasa sesiapa yang gemar memakai shawl pasti tahu kebaikan shawl. Tapi aku nak cakap pasal kebaikan wujudnya TREND MEMAKAI SHAWL. Sebut saja pasal trend, mesti ramai orang yang suka ikut trend terutamanya golongan perempuan. Mungkin takut dicop kolot atau ketinggalan zaman atau sekadar hendak mencuba sesuatu yang baru. Apa yang baiknya, aku tengok orang yang sebelum ni kita tengok tak pakai tudung tup tup terserempak dengan orang tu nampak dia pakai shawl bukan main lagi dengan style-style terkini tu. Ayu aje bila pakai tudung. Mungkin niat dia bukan untuk menutup aurat kerana ALLAH dan mungkin dia hanya cuma mengikut trend. wallahualam. Tapi kalau kita tengok dari sudut lain, sekurang-kurangnya orang lelaki yang pandang dia tu tak adalah dapat dosa sebab tak tengok aurat dia.(aku maksudkan orang yang memakai shawl tanpa nampak rambut,leher yang serupa ‘baik tak payah pakai tudung ’tu). Kita kena selalu fikirkan pro dan kontra. Jangan asyik berfikiran negatif saja.
Aku ada satu video yang sesuai untuk dikongsikan..