Pemburu Pelangi: Segmen: HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011

Segmen: HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011

/
7 Comments

Satu lagi segmen yang menarik untuk disertai. Dan aku rasa semua blogger patut join segmen ni. Sila klik banner di atas untuk sertai atau klik HasrulHassan untuk ke blog beliau.

Nama aku sebagai blogger ialah Katie. Katie juga merupakan nama panggilan aku di dunia realiti aku. Mungkin sebab nama aku agak panjang , maka wujud lah nama panggilan ini. Orang pertama yang memanggil aku katie seingat aku adalah salah seorang cikgu aku masa aku sekolah rendah. Dan disebabkan dia juga lah kawan-kawan aku mula memanggil aku Katie. 

Nama blog kesayangan aku SUARA HATI. Kenapa Suara Hati? Sebab kadang-kadang cara pemikiran aku dengan kawan-kawan aku memang mempunyai sedikit perbezaan. Kadang-kadang aku selalu berdebat dengan orang. Aku suka orang yang mampu balas balik pendapat aku dan buat aku terdiam atau bersetuju dengan pendapat dia dan aku tak suka orang yang mudah mengalah bila bercakap dan bila tak ada modal nak balas dia akan mula rasa annoying dengan aku dan cakap aku ni memang asyik nak menang aje. Disebabkan itu, aku lebih selesa menulis di blog untuk menyuarakan isi hati aku. Aku rasa lebih bebas untuk menyuarakan pendapat.

Blog aku dibuat pada bulan Mac 2009 tapi aku mula menulis entri pada 2 April 2009. Masa ni aku form 2 dan itu pun dibantu oleh kawan aku (almaklumlah, budak baru belajar) dan entri aku sangat pendek. Klik Sini untuk baca entri pertama aku..

Target blog aku untuk tahun 2011 ialah mempunyai follower yang mencecah angka ratus. Disebabkan beberapa kekangan yang aku hadapi, agak sukar untuk aku menjadi seorang blogger tegar dan blog aku bukan lah seperti blog blogger-blogger lain yang cantik-cantik dan comel-comel khususnya blog blogger perempuan. Jadi, mempunyai follower seramai 100 orang pun sudah cukup menggembirakan aku. Tiada paksaan untuk mengfollow blog aku. Aku cuma nak ada orang baca entri-entri yang aku tulis sebab aku tak nak dicop syok sendiri. Biarlah tak ramai follower sekalipun asalkan entri yang aku post tetap dibaca oleh orang selain aku. Masa aku mula-mula nak buat entri ni, follower aku 99 orang tapi bila aku check lagi sekali, Alhamdulillah dah 100 follower. Target blog aku untuk tahun 2011 tercapai juga akhirnya.. Dan terima kasih aku ucapkan kepada follower yang ke-100 ini kerana menjadi pelengkap kepada target blog aku pada tahun ini.


You may also like

7 comments:

budak penjara said...

hehe jgn kejar followe dek..penting pembaca msti ramai..org tertarik ngn penulisan kita..ok keep it up k

Yuyin Azman said...

Tak kejar sangat pun.. sikit je..hehe.. cuma follower salah satu pembakar semangat untuk terus berblogging...
thanks ! :)

Shiema Sufian said...

shiema singgah sni dr segmen yg same. jom singgah dan follow belog shiema :)

http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com/2011/11/hasrulhassan-jelajah-dan-gegar-blog.html

Unknown said...

datang membalas kunjungan.

fizafantagiro said...

Salam kenal dik..dr segmen yg sama..Happy Blogging Yea^_~

http://dismybelog.blogspot.com/2011/11/hasrulhassan-jelajah-dan-gegar-blog.html

passtt ::: tgk follower dh 108 tu=) sis follow jugak yea ^^

Yuyin Azman said...

thanks semua..
and thanks sis sebab follow blog yang tak seberapa ni.. :)

RamRamCute said...

Salam...singgah dari segmen yang sama..salam kenal.. Insyaallah semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.