Pemburu Pelangi: M A S A L A H !

M A S A L A H !

/
0 Comments

MASALAH ? siapa yang tak ada masalah ? semua orang  ada kan ? aku? Mestilah aku juga ada masalah(kalau tak,tak kan lah aku tulis entri ni). Aku benci 2011 sebab tahun ni tahun yang paling banyak masalah yang aku hadapi dari masalah yang kecil sampai lah besar. Tahun ni juga, penuh dengan kesedihan, penuh dengan kesepian dan penuh dengan stress.
Kadang-kadang aku rasa terlalu lemah dan tak mampu untuk bangun dan kadang-kadang aku rasa aku terlalu HIPOKRIT , sebab bila aku di depan orang, aku banyak menangis dalam hati dan bila aku dah tak tahan sangat sampai menitis air mata aku sikit, aku cuba untuk tersenyum.Sebenarnya, susah untuk kita tersenyum ikhlas kalau hati kita sedang menangis, tapi aku mampu lakukan,dulu aku mampu ketawa sambil menangis tapi sekarang tidak lagi,sebab aku bukan lah orang yang seceria dulu tapi aku masih berlagak ceria untuk tidak menangis di hadapan kawan-kawan aku kerana di mata orang AKU IALAH SEORANG YANG PERIANG. Pernah ada orang cakap aku ni macam orang yang tak ada masalah,KELAKAR.
Dalam hati aku hanya ALLAH saja yang tahu betapa peritnya yang aku rasa, satu-satu masalah datang dan pergi. Hari tu aku ada dengar kawan aku cerita pasal masalah keluaarga dia dan bila aku dengar, aku menangis sebab aku juga ada masalah keluarga tapi aku rasa masalah aku lagi teruk dari dia. Dia tak perasan aku yang dekat sebelah dia tengah menangis sebab aku paksa diri aku untuk senyum, hipokrit tak aku? Sebab lain yang membuatkan aku tak mahu menangis di hadapan kawan aku,a ku tak nak mereka terbeban dengan masalah aku dan pada pendapat aku, tak akan rasa apa yang kita rasa kecuali kalau mereka pernah mengalaminya sendiri, so kalau kita ceritakan kat orang pun macam useless, sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa…
Ya ALLAH, TABAH kan lah hati hamba mu ini.. :’)
Jom kita layan video ni ! ^^


You may also like

No comments: