Pemburu Pelangi: Annoying =='

Annoying =='

/
0 Comments

Baru-baru ni aku baru sahaja join satu benda ni menggunakan simkad celcom kepunyaan adik aku,aku pakai maxis dan aku rasa benda ni hanya untuk orang yang memakai no celcom je kot, KOLONY ? pernah dengar atau ada ? Ok,setiap kali kita call orang,kita akan dapat 10 koinz, koinz ni digunakan untuk meng-update status korang yang terkini,membaca status orang lain dan berkomen-komen atau bermesej-mesej sesama ahli kolony ni.
 Seriously, aku rasa macam menjengkelkan gila bila join benda ni. Inbox adik aku selalu full bila ramai yang online yang meng-update status berkali-kali dan yang menyakitkan hatinya bila ramai betul orang yang meminta-minta bantuan untuk share koinz dengan diorang sebab diorang kekurangan koinz,aku yang banyak koinz dan rasa annoying dengan benda ni pon dengan murah hatinya memberi koinz kepada mereka-mereka yang memerlukan tapi…. Kalau dah asyik meminta-minta je tak ke rasa macam orang akan annoying giler dengan kau ? sikit-sikit mintak koinz, padahal dah ramai yang dah share koinz dengan kau tapi kau still meminta-minta mengalahkan orang yang mintak makanan sebab dah 10 hari tak makan, apahal ? mana pergi koinz-koinz yang bertimbun orang bagi dekat kau ? atau kau hanya menghabiskan koinz kau dengan menghantar komen berkali-kali dekat orang dan meng-update status kau berkali-kali dengan meminta simpati orang untuk share koinz dengan kau dan akhirnya koinz yang orang bagi dekat kau tu terguna begitu sahaja, kalau macam tu bila masa pulak koinz kau tak low ? benci dengan orang yang suka meminta-minta , kalau sekali-dua kau minta tolong orang boleh lah nak tolong tapi kalau dah lebih 10 kali atau maybe 100 kali sehari kau meminta…….hai……. orang pun fed up dengan kau ! dah bagi betis nak peha !

Arghhh! FED UP!


You may also like

No comments: