Pemburu Pelangi: Aku Ingin Menjadi Seperti Bintang Itu..

Aku Ingin Menjadi Seperti Bintang Itu..

/
2 Comments
Malam ini terasa sunyi,
bertemankan bintang di langit,
angin sepoi-sepoi bahasa,
kedengaran bunyi unggas yang memecahkan kesunyian malam,
kerdipan cahaya bintang yang indah diwaktu malam,
memecah kesunyian ku di malam hari,
ku lihat langit yang dipenuhi kilauan bintang itu,
ingin sekali ku gapai bintang di langit itu lalu ku berikan padamu
bintang yang bersinar indah itu,
agar..
bintang itu menjadi pengganti diri tatkala dikau kesunyian,
menerangi dikau yang kegelapan,
menjadi sinar dalam hidupmu..

Lihatlah bintang itu,
adakah ianya seperti ku?
yang selalu menemani dikau tatkala kau memerlukan seseorang..

Luahkanlah segala isi hatimu,
aku sedia mendengarnya,
menangislah sekuat hatimu jika kau rasa ianya mampu membuat kau lebih tenang,
genggam erat tangganku jika kau tidak mampu melaluinya seorang diri,
genggam jika kau mahu beban mu dikongsi bersama,
aku sedia..

jangan sesekali dikau bersedih,
kerana aku sentiasa menemani mu,
SAHABAT..

P/s : puisi ini aku tulis malam-malam buta,dalam pukul 12 tengah malam..saja tulis sebab aku bosan berjaga,mengadap buku..jadi aku ambil lah masa sedikit untuk menulis puisi..selalunya aku tulis puisi,aku hanyalah sekadar menulis dan kemudian aku buang saja dan tidak meletakkan di blog..tapi kali ini aku letak..khas buat sahabat-sahabat aku..

Lastword : sorry kalau puisi ini tak menarik,ini hanyalah sekadar coretan picisan dari saya.. :)


You may also like

2 comments:

Amir Izzat said...

huhu..betul ke pegang erat tanganmu??? boleh ke berkongsi apa-apa saja?? hehe

Yuyin Azman said...

haha...laki x boleh lah...bukan muhrim woo~pompuan je boleh pegang tangan...boleh kott..berkongsi apa yg sepatutnya dikongsi jelah..