Pemburu Pelangi: Tak Rugi Pun Kalau Bagi Salam Dengan Betul!

Tak Rugi Pun Kalau Bagi Salam Dengan Betul!

/
7 Comments
Budaya memberi salam ni merupakan satu perkara yang sangat baik dan sepatutnya diamalkan oleh umat islam.Tapi,adakah mereka faham apa maksud ASSALAMUALAIKUM?sebab kadang-kadang tu kita akan dengar dan lihat segelintir orang bercakap atau menulis SMEKOM.Memberi salam kepada orang sama seperti kita mendoakan mereka.Jadi elok-elok Assalamualaikum tu maksudnya sejahtera ke atas kamu,bila dah tukar jadi smekom maknanya akan turut berubah..Smekom tu maksudnya CELAKA KE ATAS KAMU.

oh ye,aku pernah berchatting dengan sorang mamat ni dekat YM,aku gelarkan dia mamat jelah:

Mamat : smekom

Aku     : hye..

Mamat : dah x reti nak jawab salam ke?

Aku     : x reti nak bagi salam elok2 ke?tau x maksud smekom tu ape?maksud dia celaka ke atas kamu..

Mamat : tau..

Aku     :tau pon...

lebih kurang macam ni lah aku chatting dengan mamat tu,mula lah aku nak start berceramah masa tu..aku tak ada lah bodoh atau biadab sangat sampai tak reti nak jawab salam.Tapi,kalau dia bagi salam pun tak betul.PERLU KE JAWAB?

Apa lah susah sangat nak tulis Assalamualaikum...?kalau dah malas sangat atau nak buat singkatan tu tulis je lah 'salam' sekurang-kurangnya..eh...tak patah pun jari jemari kau tu kalau tulis dengan betul..tak habis-habis dengan smekom dia tu..

Aku pun pelik kenapa orang menggunakan perkataan smekom,cmekom@semekom...Kau fikir comel kalau bagi salam macam tu?banyak lah kau punya comel!apa pun alasan,kita sebagai umat Islam perlu lah memberi salam dengan betul.Tak payah lah nak menggatal guna perkataan smekom atau yang sewaktu dengannya kalau tak tahu apa maksudnya.

Jadi,renung-renungkan dan selamat beramal!


You may also like

7 comments:

naz said...

ahaha kena setepek

katie said...

:)

hellioz said...

salam....
thats more than enaogh....

gyahahahahahhaha~

TeRRoRRiZZ said...

betol2....
nak kasi salam tu biarla dengan tepat
assalamualaikum...
pe lagi...
jawap2
heheheh

katie said...

hellioz - :)

terrorrizz -
waalaikumussalam warahmatullahiwabarakatuh..:)

Ryrie said...

haha..len kali ko perli r die...
ko jawab salam pnjang2...

katie said...

haha..ok2..lain kali aku buat..x terfikir plak..hehe..