Pemburu Pelangi: Lelaki Kahwin 4 sebab?

Lelaki Kahwin 4 sebab?

/
2 Comments
Tiba-tiba hati aku tergerak untuk menulis entri pasal lelaki kahwin empat selepas bersembang dengan salah seorang kawan yang agak rapat dengan aku dekat dalam kelas.Entah macam manalah kami boleh bersembang pasal kahwin tiba-tiba padahal kiteorang tengah bersembang pasal Sabah sambil beliau memegang peta Malaysia.Jauh betul kami menyimpang.Semuanya disebabkan aku lah yang gatal mengubah topik,pergi cerita pasal pakcik aku yang duduk kat Sabah macam-macam sampai tercerita pasal dia tak ada bini.Ok,pakcik aku duda.Hati dia dah tertutup untuk berkahwin lain walaupun mak aku serta makcik-makcik aku asyik suruh dia pergi cari pengganti.Mula lah tercetusnya topik pasal kahwin ni.Lepas tu,aku cerita dekat dia pasal Pak Ngah aku pulak yang berkahwin 4..tiba-tiba dia tanya :

Nizam : kalau suami kau nanti kahwin 4 kau bagi tak?


aku     :err........................ tak!


Nizam : Tak nak payung emas!

Bukan aku tak bagi tapi kalau nak berkahwin empat atas dasar nak ikut sunah nabi tu baguslah tapi kalau nak kahwin empat sebab dah miang sangat tengok perempuan lain tu harap maaf lah ye!

Jadi,lelaki kahwin empat sebab?nak ikut sunah nabi atau sebab lain?wallahualam..itu terpulang pada individu masing-masing..
Jangan jadi macam ni sudah :

Si Suami :

you,I nak kahwin empat boleh tak?you tak nak payung emas ke kat syurga nanti..kalau nak izinkanlah I kahwin empat..I mintak cara baik ni..I nak kahwin empat sebab nak ikut sunah nabi..

Si Isteri :

Apa?! kahwin empat!ikut sunah nabi?you solat pun tak cukup 5 waktu sehari..Asyik tinggal je,bila nak kahwin empat reti pulak cakap nak ikut sunah nabi!

Ada sesetengah tu yang nak kahwin empat bagi alasan nak ikut sunah nabi lah kononya,padahal solat pun tak cukup 5 waktu dan yang paling teruk,solat pun tak.hampeh..

Tak salah kalau nak kahwin empat tapi biar lah sebab nak ikut sunah nabi,nak membela nasib wanita-wanita diluar sana.Bukannya sebab dah tak tahan dengan perangai isteri pertama,kahwin lagi satu lepastu kahwin lagi sampai cukup empat..kalau 10 boleh kahwin,agaknya 10 isteri dia ada.. atau...nak kahwin empat kerana mengikut nafsu semata-mata..

Astagfirullahalazim...

Tapi aku tak taulah Pak Ngah aku ni kahwin atas dasar nak ikut sunah nabi atau..........sebab lain..Aku pernah jumpa 2 orang je isteri dia,yang lagi 2 tu aku tak pernah lagi jumpa..Untuk mengelakkan aku dan sepupu sepapat aku keliru jadi kami gelarkan nama makngah-makngah kami :

Isteri Pak Ngah yang pertama : Mak Ngah Sulung
Isteri Pak Ngah yang kedua    : Mak Ngah Ngah
Isteri Pak Ngah yang ketiga    : Mak Ngah Endon
Isteri Pak Ngah yang keempat : Mak Ngah Bongsu

oh,sebut pasal Pak Ngah aku..Dia baru je datang rumah aku tadi dengan isteri no 2 dia nak ajak mak aku pergi hospital sebab atok aku masuk hospital..aku tak tau lah sebab apa atok aku masuk hospital sebab aku dekat dalam bilik tengah mengadap laptop..hehe..harap-harap atok aku cepat sembuh..amin..


You may also like

2 comments:

iidyll iceness said...

erm....dgn dunia skrg nie katie...rmi juz nk kwin krn nafsu..
pasti akn blaku ketidakadilan jugak..

Yuyin Azman said...

btol2...