Pemburu Pelangi: Selamat Hari Jadi Penari Profesional!

Selamat Hari Jadi Penari Profesional!

/
1 Comments

Gambar yang kami keluar selamalm belum diupload lagi oleh dia.Jadi,aku letak saja gambar ini.Oh ye,gambar ini diambil semasa hari sukan di sekolah.Dia menyertai perbarisan dan dia menjadi 'princess' pada hari itu.

1 May 2010,genaplah umur dia 15 tahun.Aku baru saja mengenali dia hampir 4 bulan.Apa yang aku tahu,dia adalah anak ke empat dari tiga orang adik beradik dan satu-satunya anak perempuan.Abang sulung dia Imran bekerja sebagai seorang model di Australia,abang dia yang ke dua bernama kaser yang aku jumpa semalam dan merupakan seorang yang sangat peramah dan baik bagi aku sedang menyambung pelajarannya di salah sebuah universiti di KL dan abang dia yang ke tiga merupakan senior aku di sekolah,nama dia shaza,pelajar form 5 dalam aliran sains di sekolah,bagi aku abang dia yang ini yang paling 'handsome' sekali.

Sibuk perkenal kan abang-abang dia,terlupa pula untuk perkenal kan nama dia.Nama dia Maryam Fatimah,orang panggil dia maryann.jangan terkejut jika aku nyatakan disini yang dia sudah bekerja walaupun umurnya baru 15 tahun.Dia seorang penari ballet(susah betul nak eja) dan juga hip hop.Hari tu dia pergi pertandingan di singapura dan dia menanag pertandingan itu,dia sekarang telah menjadi PENARI PROFESSIONAL.Sekarang dia merupakan seorang guru tarian memandangkan dia sudah professional,selain itu dia juga merupakan seorang model.Jadi,banyaklah duit yang dia dapat dan macam-maacam lah dia boleh buat dengan duit itu.Dia juga,selalu menginap di WAKAKA HOUSE di Shah Alam kerana dia mengajar di situ.apa itu wakaka?search lah di youtube.Mereka merupakan satu kumpulan breakdance.

Semalam aku pergi ke rumah dia,keluarga dia sangat ramah dan baik terutamanya mak dia dengan abang no 2 dia.Mereka dirumah menggunakan Bahasa inggeris.sepanjang aku dirumah dia,tak ada sepatah pon perkataan melayu yang keluar antara dia dengan keluarga dia.Mak dia berasal dari Australia dan ayah dia mamak.jadi,mak dia masuk islam apabila nak berkahwin dengan ayah dia.Mak dia merupakan seorang doktor begitu juga dengan ayahnya.

Sempena dengan hari lahir dia aku ingin mengucapkan selamat hari jadi,semoga dia panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berjaya dalam karier dia.Oh ye,aku lupa nak bagitau hadiah yang aku bagi dekat dia.aku belikan dia sebuah kotak muzik yang ada seorang penari balley,bila kotak muzik itu berbunyi,patung itu pun akan menari.Masa aku pergi ke kedai hadiah,kotak muzik nilah yang menarik perhatian aku walaupun harganya agak mahal.Aku ingin membalas budi baik dia yang menghadiahkan aku teddy bear yang sangat comel semasa hari jadi aku.

P/S: aku tak pernah belikan hadiah untuk orang semahal hadiah yang aku beli ini




You may also like

1 comment:

NAZ said...

wow cool happy birthday :)