Pemburu Pelangi: Hari Ibu makin dekat! gementarnya....!!!

Hari Ibu makin dekat! gementarnya....!!!

/
0 Comments
Hari ibu diraikan bagi mengingati jasa ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan mendidik kita supaya menjadi seorang insan yang berguna kelak.Jadi,hari ibu biasanya disambut bagi menghargai mereka yang telah melakukan banyak pengorbanan terhadap anak mereka.Jadi,kita sebagai seorang anak sepatutnya menghargai mereka sebelum terlambat.

Sedar tak sedar,hari ibu dah nak hampir...aduh..gementar!

gementar?
ye,gementar sangat-sangat..
kenapa?
menjadi satu kemaluan bagi aku jika aku nyatakan disini aku tidak pernah menyambut hari ibu malah mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' pon susah untuk aku keluarkan dari mulut aku.Aku sedar yang aku sepatutnya menghargai dia dengan memberi dia hadiah pada hari ibu atau sekurang-kurangnya ucapkan lah selamat hari ibu kepadanya.Tapi,keegoan dan malu yang tak bertempat membuat aku sebegini.Aku rasa selama ini aku banyak menyusahkan dia.Sifat aku yang degil,pemalas dan banyak lagi lah yang membuatkan aku rasa aku ini anak yang tak berguna yang hanya reti nak menyusahkan orang.

Namun,usia mematangkan fikiran aku bahawa hari ibu memang sepatutnya disambut.Hari itu,semasa ke kedai hadiah untuk membeli hadiah hari jadi untuk maryam,aku juga tidak lupa untuk membeli hadiah untuk hari ibu dan sebaik saja sampai di rumah. aku terus berlari ke bilik dan menyorokkan hadiah tersebut di dalam almari.

Memandangkan aku baru pertama kali memberikan hadiah hari ibu,aku berasa tersangatlah gementarnya.Oh ye,cikgu sivik aku a.k.a cikgu BM aku(org yg sama),dia nak kami sekelas buat kad hari ibu dan meminta tandatangan ibu kami sebagai bukti yang ibu kami melihat dan membaca kad itu.Selepas cikgu aku bagitau rakan-rakan sekelas aku ramai juga yang tercengang,terkejut dengan apa yang cikgu suruh buat walaupun tugasannya senang tapi berat untuk dilakukan.

Kata-kata terakhir : aku berharap aku dapat bagi hadiah itu kepada mak aku sempena hari ibu dengan 'cool' dan tidak gementar langsung dan aku berharap aku dapat membuat mak aku bangga dengan aku dan gembira apabia keluarnya keputusan PMR.Tapi,mampukah aku mengenggam 8A itu??subjek bahasa arab telah aku gugurkan,jadi kurang sikitlah beban kepala otak aku untuk menanggung.itu pon aku masih tidak yakin yang aku boleh dapat 8A atau tidak..Doakan aku ye?

amin.... :)


You may also like

No comments: