Pemburu Pelangi: Esok adalah harinya!!!

Esok adalah harinya!!!

/
0 Comments
Gambar ini ialah gambar tapak perhimpunan sekolah SMK Seri Indah.Ini saja gambar yang aku ada buat masa sekarang...

Rindu sangat sekolah ini serta penghuninya,sekolah aku sekarang lagi kecik dari sekolah ni.Kecik sangat-sangat!walaupun aku baru bersekolah disini 2 tahun 1 minggu tapi aku dapat rasakan yang aku dah 5 tahun sekolah dekat sini.Karakter aku di sini dengan di sekolah baru aku adalah sangat berbeza.Di sini aku lebih periang,selalu senyum,banyak cakap dan ada masalah macam takde je..

Bulan lepas hampir setiap hari bulu mata aku jatuh,mungkin aku dah ada masalah keguguran bulu mata?atau terlalu ramai yang merindui aku?tiap-tiap hari dulu asal aku tengok cermin je mesti ada bulu mata yang jatuh setiap hari.Nasib baik bulu mata aku tak habis!aku tak nak jadi alien!(sbb takde bulu mata je.. =_=')

Siang tadi mak aku tanya aku nak ikut tak besok pergi Serdang sebab abang aku yang belajar di UPM tu ada projek yang dia kena buat dan dia dah tak dibenarkan tinggal di hostel kerana dia dah habis final exam dan secara automatik dia dah habis belajar.Memandangkan sekolah aku dekat saja dengan UPM tu,apa lagi?aku suruh lah abang aku hantar.aku bertolak dari rumah pagi esok.jadi,aku disana dari pagi sampai pukul 3.30.

dan...dan....aku ponteng sekolah esok! hehe.. horrey!!

ok,entry ini sudah panjang nampaknya,aku kena berundur diri.Aku kena prepare barang untuk buat kek dan hari ini aku akan tidur lambat seperti biasa dalam pukul 2.30 atau 3.00 pg untuk membuat kek!ada kawan aku cakap dia rindu kek aku..

AKU NAK BAWAK KEK BATIK INI BESOK DAN TENGOK GELAGAT KAWAN-KAWAN AKU YANG SUKA MAKAN KEK AKU NI SAMPAI COMOT-COMOT!

Rindu tengok gelagat mereka..


You may also like

No comments: