Pemburu Pelangi: Sepi Seorang Perindu....

Sepi Seorang Perindu....

/
2 Comments

Gadis di atas ini tidak ceria seperti selalu.Gelak ketawa dan senyuman manisnya itu sudah jarang kelihatan di raut wajahnya,hanya kelihatan senyuman dan gelak ketawa yang palsu semata-mata.Kini,tiada siapa yang ada untuk aku luahkan isi hati aku,berkongsi masalah.Aku teramat merindui sahabat-sahabat yang nun jauh di sana.Agak susah untuk aku mendapatkan seorang sahabat di sini.Walaupun sudah 5 bulan berada di tempat baru tetapi aku masih belum mempunyai sahabat.Kerana di sini aku lebih banyak menulis dari berkata-kata.Aku diam seribu bahasa.

Apakah yang sedang berlaku pada diriku ini?adakah aku di landa kemurungan?entahlah....aku sendiri tidak pasti..Aku harap,aku akan ceria seperti selalu..Aku rindu aku yang dulu,sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa...Sampai kalau ada orang perasan muka aku sedih,mereka akan jadi pelik macam aku ni alien....Sebab itu aku berkebolehan untuk menyembunyikan perasaan aku sampai aku menangis depan kawan aku pun diorang tak perasan....aku suka buat-buat ketawa depan orang bila aku tengah sedih....itu aku....hanya orang yang betul-betul kenal dan faham aku sahaja yang tahu senyuman aku palsu atau tidak......Aku teramat merindui kalian....

Aku ingat lagi,tahun lepas aku rapat dengan seorang guru praktikal ni.Nama dia cikgu sufian.Dia praktikal sebagai seorang guru kaunselor di sekolah lama aku.Memandangkan aku ni Pembimbing Rakan Sebaya,jadi aku selalu lah ke bilik kaunseling.Entah macam mana aku boleh rapat dengan cikgu praktikal ni..Setiap kali aku jumpa dia,dia mesti pastikan aku senyum walaupun aku tengah penat naik turun tangga sekalipun.Kalau muka aku semacam je bila jumpa dia,dia akan tanya aku kenapa dengan aku..Dia sangat baik......

Sekarang,aku tak mampu tersenyum riang seperti dahulu lagi.........
Hidup tanpa sahabat disisi sememangnya sunyi...Sepi seperti bulan di malam hari,keseorangan dalam kegelapan...

Aku harap,akan hadir seorang sahabat baru yang mampu membuat aku tersenyum riang kembali.....

kata-kata terakhir : aku sangat benci tahun 2010.Penuh dengan kesedihan,tekanan dan macam-macam lagi.......hati aku semakin tidak tenang....resah gelisah........mungkin  aku akan tidak mengupdate blog,tidak online dalam masa seminggu atau dua minggu...Izinkan aku mencari ketenangan...dan......maaf sekiranya banner baru blog aku ini menyakitkan mata korang.aku dah cuba resize benda ni jadi kecik tapi tetap sama jugak..T_T lepas aku dah mendapat sedikit ketenangan,aku akan tukar banner lain...harap bersabar..


You may also like

2 comments:

Anonymous said...

rindu ckgu sufian owh...

Yuyin Azman said...

tau xpe........hidup lagi ke tak dia sekarang ni.......uhuk..rinduuuuu...