Pemburu Pelangi: Syabas Kepada Blog Yg Berkualiti!

Syabas Kepada Blog Yg Berkualiti!

/
0 Comments
Kebiasaannya,setelah aku meng-publish post aku akan menterjah mana-mana blog dan mencari mana-mana blog yang menarik dan yang sangat berkualiti.Syabas aku ucapkan!setakat ini aku telah menjumpai beberapa Blog yang menarik sehingga membuatkan aku untuk terus dan terus membaca tanpa rasa bosan walau sepanjang mana pon entry itu.Aku dapati,mereka ini adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan blog ini kerana mereka mempunyai lebih daripada satu blog dan mereka telah lama dalam dunia blog ini.Aku terpegun apabila melihat jumlah bilangan Follower mereka begitu ramai sedangkan aku hanya mempunyai 13 follower sahaja.untuk menambahkan bilangan Follower bukan sesenang kita meng-add orang di myspace atau di facebook.100 follower pon sudah dikira banyak.Bilangan Follower blog mereka menunjukkan kebagusan hasil penulisan mereka,mereka pandai menonjolkan blog mereka dengan unsur-unsur lawak jenaka sambil menyelitkan meseg-meseg yang hendak disampaikan.Bahasa yang mereka gunakan,WOW!AKU TABIK!sedangkan mereka ini baru berumur 17-18 tapi boleh menghasilkan penulisan yang bukan seperti seseorang yang baru berumur belasan tahun.

Aku cuba untuk memperbaiki penulisan aku dengan menjengah ke blog yang bagus dan cuba untuk menulis entry yang menarik.Aku cuba belajar,belajar untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan aku.Kadang-kadang aku tertanya-tanya 'bilalah aku nak jadi penulis profesional ni?' Aku sedar yang aku semakin ketandusan idea untuk berblogging tetapi aku tidak mahu berhenti berblogging seperti kawan-kawan aku yang pada awalnya begitu bersemangat tetapi akhirnya membuat keputusan untuk berhenti berblogging.Hampir setahun aku berblogging dan aku harap dengan berblogging aku dapat meningkatkan mutu penulisan aku ketika aku menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu.Tetapi,susah untuk aku mengeluarkan idea pada sehelai kertas walaupun kadang-kadang karangan aku dipuji oleh cikgu BM aku.Aku rasa seolah-olah aku lebih mencurahkan banyak idea ketika menekan papan kekunci daripada menulis menggunakan pen,nak saja aku menjawab soalan karangan dengan menaip!

kata-kata terakhir : salah satu daripada cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang penulis novel(aku ini banyak cita-cita).Disebabkan itu aku suka berblogging.aku juga meminati bidang sastera seperti puisi.jadi,tidak salahlah jika anda terasa janggal ketika membaca entry yang terlalu formal dan menggunakan ayat yang berbunga-bunga. :DDD


You may also like

No comments: