Pemburu Pelangi: Susah Kalau Dapat Kawan Yg SELFISH!

Susah Kalau Dapat Kawan Yg SELFISH!

/
0 Comments
"makcik kau call ckgu ida ke?"

keesokan harinya....

"we babi.jngn text aq0o agy a pantat.da la ktorang saket bukan nk tlng,xgne punye kawan.menyemak jea kowh pnda cni!!"

msti korang x paham apa yang sedang berlaku,hari tu balik dari sekolah,minah yang mencarut segala bagai kat atas ni ajak aku pergi Perpustakaan Awam bertujuaan untuk menyiapkan kerja sekolah,kami berempat.Minah yang ajak aku ni,ok kita gelar dia A.ajak lah aku kerumah Ida nak amik dia sebab dia tak nak naik kereta ayah ida,malas nak menunggu agaknya.aku pun pergilah,sampai dekat rumah Ida,si A ni pon naik lah motor pastu dia ajak lah pulak member aku lagi sorang si dania..mak aih!aku ni dah lah kurus mcm papan(xdelah kurus sgt) nk bawak diorang yang agak berisi tu..si Ida tu plak,tetap nak naik dengan ayah dia.masa dalam perjalanan boleh plak diorang main hp atas motor,si dania ni tengah call sape ntah..

Dekat satu selekoh,kereta proton saga memandu dengan lajunya.Diorang pon menggelabah,aku apatah lagi.dah lah aku yang bawak sayang!korang buat aku takot,aku break mengejut lah!lepastu kiteorang jatuh,aku fikir takda apa-apa tengok-tengok tangan si A ni terseliuh.si dania plak lutut dia berdarah,sedangkan aku hanya luka-luka ringan je!makcik yang bawak kereta tu berhentilah tanya itu dan ini lepas tu diorang sume pergilah ke klinik kecuali aku je yang tak pergi.Ya Allah!aku rasa bersalah sangat!
walaupun kakak si dania ni cakap tak boleh nak salahkan sesiapa..

Keesokan harinya,dekat sekolah memang kecoh lah.ramai budak form 3 tau,form 5 pon ada yang tau.diorang pergi bagitahu diorang accident!wahai kawan ku yang tersayang,kita jatuh motor bukannya kena langgar kereta!masa subjek matematik,kiteorang memang kena ceramah panjang lebar lah dengan guru kelas,lepastu satu kelas gelakkan kiteorang sebab naik motor 3 orang lepastu tak pakai helmet plak tuh!HAHA.takpe2.kami ambil sebagai pengajaran.

Yang aku peliknya,kenapa si A tu nak marah-marah aku sampai macam tu sekali?aku memang tau dia ni memang pentingkan diri sebab dulu dia sanggup mencuri kertas BM kawan sendiri iaitu kertas si Ida disebabkan dia tak bawak kertas tu.Terima kasih lah sebab kau cakap aku kawan tak guna.kau tau tak aku risau sangat dekat korang!bukan korang je yang sakit,tangan aku tak boleh nak angkat tinggi-tinggi tau tak!rasa sakit!kenapa kau tak nampak kebaikan aku?kenapa kau tak nampak baik aku?kenapa?semua nak diletakkan atas bahu aku,sebab aku yang bawak!tapi kau kena ingat,bukan salah aku 100%!salah semua orang!salah kita bertiga!tolonglah,jangan menambahkan rasa bersalah aku!

aku rasa malas sangat nak datang sekolah!tengok muka orang hypokrit!egois!selama ini aku sahaja yang cuba untuk menjaga hati kawan sedangkan mereka belum tentu cuba untuk mejaga hati aku..katie,kenapa kau baik sangat?!

Ya Allah,berikanlah aku kekuatan,sesungguhnya kau tidak akan menguji hambamu sesuatu perkara yang hambamu tidak mampu untuk tempuhi.

Hari ini sekali lagi aku menangis sambil tersenyum dan bergelak ketawa seorang diri!senyumlah dan gelaklah saja bila kamu rasa kamu perlukan untuk menghiburkan hati!aku tau ianya susah untuk dilakukan dan mungkin kalian akan menyifatkan aku ini 'GILA'.tapi,ini adalah salah satu cara untuk aku menyembunyikan diri aku daripada pengetahuan orang yang aku tengah bersedih,marah atau menangis.Pertama kali aku menangis sambil ketawa adalah pada tahun lepas disebabkan aku kecewa dengan seseorang,masa tu kawan aku nampak mata aku berair,muka aku sedih tapi aku mampu untuk senyum dan ketawa.mereka semua pandang aku dengan pelik..HAHA.sekarang aku mampu buat benda yang sama dengan senang!


You may also like

No comments: