Pemburu Pelangi: SMKSI VS SMKST!

SMKSI VS SMKST!

/
2 Comments
Setelah 3 bulan aku berpindah sekolah dari SMK Seri Indah ke SMK Seri Tanjong(asal tak tanjong rambutan je?) aku telah dengan berbesar hatinya menulis entry ini khusus untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang sekolah baru aku dan pengalaman aku setelah tiga bulan berada disini

1)Sekolah dan Disiplin
Mula-mula aku menjejakkan kaki ke sekolah baru aku ni,dua benda yang bermain-main di fikiran aku,sekolah ni kecik buruk plak tu then aku tengok segelintir budak-budak sekolah ni mcm kerek sikit.Ramai budak perempuan pakai tudung style minah rempit,kain mcm tak boleh nak singkat lagi je.yang budak laki dengan seluar cikang dorang tu.ntah ape-ape ntah.dekat sini terlalu senang hendak membezakan antara budak kelas pandai dan budak kelas bawah.tengok sahaja cara diorang berpakaian dah tau!nampak sangat tak ketat disiplin dia.SMKSI takdelah mcm ni!

2)Perangai
Start aku masuk sekolah ni sampailah sekarang,aku ni pendiam sangat dekat sekolah.Aku bukan aku yang dekat SMKSI,yang dulunya friendly sangat-sangat.secara jujurnya,dekat sini aku malas nak berkawan.aku hanya kawan dengan budak sekelas aku dan segelintir budak-budak form 3 yang ok je.tiba-tiba terasa macam aku yang masa sekolah rendah plak.kalau korang nak tau,aku mase sekolah rendah dulu aku ni seorang budak yang agak nerd dan tak banyak kawan! personality aku tu dah datang balik bila aku menjejakkan kaki ke sekolah ni.Honestly,aku benci segelintir budak-budak lelaki sekolah ni!diorang terlampau lah kerek!budget diorang tu hensem sangat!BAGI FREE PON AKU XNK LAH WEYH!!diorang ni perasan lebih.sikit-sikit "APE PANDANG-PANDANG?!" AKU TAK HINGIN NAK PANDANG KAU LAH.! DAH KAU TU DEKAT DENGAN KITEORANG,XKAN NAK TUTUP MATA KOT?NAK BAGI KTEORANG MASUK LONGKANG KE?
hari tu kawan aku kena,dulu pon aku penah kena dekat tangga tapi masa tu aku diam je sebab mase tu aku baru berapa hari sekolah kat situ,tapi bile dah dua kali aku dengar benda yang sama walaupun kawan aku yang kena aku geram r. then aku jerit kat budak tu "KAU PIKIR KAU HOT?!" mase tu memang aku tak boleh nak kawal kemarahan aku,nak je aku mencarut segala bagai time tu.tapi,disebabkan aku ni bukan jenis yang kaki mencarut ni aku sabar jelah!

3)Sukan
sekolah orang lain dah habis dah sukan.sekolah aku baru sahaja terhegeh-hegeh buat latihan dan sukantara minggu lepas!esok baru nak buat sukan tahunan!dah lah buat dekat padang pulak tuh!pergh! tak semangat aku nak datang esok!tahun ni sukan aku tak masuk apa-apa acara pon,kalau dekat SMKSI,sibuk aku.mesti masuk 4-5 acara.masa latihan sukan dan masa sukantara,aku lari 100 m je,acara yang lain aku tak buat.melarikan diri.mana tidaknya!kiteorang takda baju sukan yang berlainan warna.semua baju sama je,susah lah nak bezakan mana rumah merah,mana rumah kuning,hijau,ungu sume.kiteorang pon amiklah kesempatan lari pergi rumah lain bile rumah sukan kiteorang tengah buat acara.kenapalah cikgu ni terlalu cerdik?=.="

4)Tandas Dan Persekitaran Sekolah
  • masa latihan rumah sukan dengan sukantara,kiteorang buat sebelum rehat.cikgu disiplin suruh kiteorang tukar baju uniform sekolah lepas sukan..seriously,cikgu ni tak guna otak!cikgu ni fikir mcm tandas dekat sekolah ni banyak je.!dah lah tandas perempuan ada satu je,kecik pulak tu!bau die jangan cerita r.pergh!nak2 lagi tandas lelaki!lepastu selalu takda air plak tu!
  • cikgu aku kata,kelebihan sekolah ni ialah....kita tak payah pergi ke zoo kalau hendak tengok monyet..dekat luar kawasan sekolah aku ni banyak spesies-spesies kera dan lutung.masa perhimpunan aku selalu nampak.HAHA.sampai aku dengar monyet ni pernah masuk dalam kelas aku sebelum aku sekolah dekat situ.
  • 'SAYA SAYANG SERI TANJONG'nilah perkataan yang selalu aku aku nampak ketika hendak menuju ke kantin pada waktu rehat.cikgu siap lukis dan cantik-cantik lagi dekat bangunan.tapi,SAYA SAYANG SERI TANJONG?! SAYA BENCI SERI TANJONG!
5)KRS tak gempak lah!
dekat sekolah ni hampir sepuluh unit beruniform yang ada dekat sini tapi tak ada dekat SMKSI.mungkin nilah sebabnye kenapa KRS tak gempak di sekolah ni.yang aku dengar sekolah ni unit beruniform yang gempak di sekolah ni ialah ST.JOHN dengan BSMM.hari tu aku pergi perjumpaan die pkol 3-5 ptg.tak ramai pon yang datang.kawad berterabur!hancur!aku dari seorang yang obses dengan kawad tibe-tibe dah nak hampir 100% hilang minat nak kawad.dah lah cikgu yang jadi komander plak tu pastu kadang-kadang tu bagi komand pon salah.best kalau kawad dengan orang-orang yang reti berkawad,tapi tersangatlah seksa dan membosankan kalau kawad dengan orang yang tak reti kawad!

6)Lebih bersifat satu Malaysia!
aku rasa ni sahaja benda yang bagos apabila aku berpindah disini aku lebih bersifat satu Malaysia memandangkan aku bukan lagi budak Kelas Aliran Agama(KAA).aku telah membuat keputusan untuk menggugurkan subjek bahasa arab daripada PMR kerana terlalu berisiko sekiranya aku mengambil subjek ini di dalam PMR.Jadi,aku pon masuklah ke kelas biasa yang seramai 39 orang pelajar dan kaum melayu hanya ada 10 orang sahaja(5 lelaki dan 5 perempuan)selebihnya dalah kaum cina dan india.Apa yang menggambarkan kami bersifat satu Malaysia ialah,kadang-kadang kami suka belajar bahasa kaum lain.cina belajar bahasa india,melayu belajar bahasa cina dan india belajar bahasa arab.satu lagi ialah ketika salah seorang daripada kami telah genap 15 tahun umurnya,kami akan melukis atau menulis di whiteboard bersama-sama.macam-macam tulisan ada,ada pernah tu kami tulis nama orang tu dalam tulisan cina,india dan jawi dan pernah juga kami satu kelas menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk orang yang lahir pada hari itu dengan kuat dan spontannye sehingga menyebabkan orang itu malu. XD
honestly,aku rindu nak belajar bahasa arab,berebut buku teks orang sebab nak tengok makna.exam arab,mase ni kteorang paling bising sekali sampai ada yang bagi jawapan kuat-kuat,jelas,terang serta nyata.tapi takdelah semua jawapan orang tu bagi walaupun dia pandai bahasa arab.walaupun dah ada orang bantu,tapi markah aku tetap corot! =.='
Sampai di sini lah coretan aku pada kali ini,tangan aku sudah terasa lenguh kerana ligat mengetuk papan kekunci ini.Sudah terlalu banyak kutukan yang ada.Aku harap,sekiranya pelajar sekolah aku ini terbaca blog aku,aku ingin meminta maaf tapi inilah hakikatnya.Kalau hendak dibandingkan SMKSI dengan SMKST sudah pasti SMKSI lebih bagos!

SAYA SAYANG SERI INDAH!!

*agak-agaknya kalau Pengetua atau GPK HEM sekolah aku baca blog aku ni aku kena buang sekolah tak? =_______='


You may also like

2 comments:

ohh adri's said...

hahaha..,!
rase2nye kne buang kot..!

katie said...

maybe!haha...xpelah..aku lg suke! :D