Pemburu Pelangi: Pengalaman Aku Pada Hari Ini

Pengalaman Aku Pada Hari Ini

/
0 Comments
Hari ni aku ke sekolah seperti biasa,perkara yang paling mendebarkan aku ialah hari ni aku akan disuntik.Semua pelajar form 3 wajib kena suntik,kalau tak kena pon mesti atas sebab-sebab yang munasabah.semalam masa kelas aku dipanggil untuk disuntik,aku adalah pelajar perempuan melayu yang first sekali nak disuntik kononnya aku ni berani sangat lah padahal aku hanya cuba untuk memberanikan diri sahaja,doktor tu pon mintaklah buku kesihatan aku,tiba-tiba dia cakap tandatangan kebenaran ibu bapa tak ada dan aku kena balik untuk mintak tandatangan.Jadi suntikan untuk aku akan diberikan pada esok harinya iaitu pada hari ini.

Hanya aku dan seorang kawan aku ni saja perempuan yang belum kena suntik lagi.so,kami bercadang lah nak pergi sama-sama.tengok-tengok time rehat dia pergi dulu.kawan aku ni menangis disebabkan orang yang menyuntik dia adelah orang praktikal yang belum cukup pengalaman.Aku pon rasa macam berdebar sangat nak pergi,tapi aku cuba untuk berlagak cool saja.sebaik sampai disitu aku pon menyerahkan buku kesihatan aku dan memberitahu yang aku belum lagi disuntik.lepas dah check buku aku tu,check nadi semua aku pon pergi ke orang lain yang nak menyuntik aku.bersyukur sebab aku tak dapat yang praktikal,aku dapat yang berpengalaman.sebaik sahaja menyapu ubat di tempat yang hendak disuntik dia pon terus suntik aku,aku tengok sekejap saja jarum tu lepastu aku tengok tempat lain sambil menahan kesakitan.nasib baik dia buat cepat,rasenye macam kena gigit dengan kerengga je.Sebaik sahaja aku habis aku pon menuju ke pintu keluar,tiba-tiba ada akak praktikal ni cakap,"terima kasih dik,datang lagi" dalam hati aku "jangan harap aku nak datang lagi!".

aku pun pulang ke kelas,tak lama lepas tu aku tengok baju aku ada sedikit kesan darah dan mase tu baru aku terasa sakit,tangan aku mula kebas dan rasa tak larat untuk mengangkat tangan.selepas kena suntik lagi sakit sebelum kena suntik.dan hakikatnya,semasa aku sedang menulis entry ini,tangan aku masih lagi rasa sakit.aduh!

ha!aku nak cerita pasal sorang mamat kelas aku ni,dia antara yang paling lambat sekali.aku suruh die pergi die tak nak.kami pun apa lagi,takut kan lah dia..haha..jahat kan?redzuan ni bercita-cita nak jadi polis sama seperti ayah dia.ape daaa~ polis takut dengan jarum ke?untuk lebih menakutkan dia.aku tunjukkan darah yang ada pada baju aku.yang lebih kelakar kami reka macam-macam cerita untuk menakutkan dia.sampai dia pergi jauh-jauh dari kteorang.sebelum dia pergi aku adalah ckp dekat dia"weyh,jangan nangis tau!nanti aku pujuk"mase subjek geografi dia pon bangun dan meminta kebenaran dengan cikgu untuk pergi menerima suntikan.kteorang yang menyakat dia sume tersenyum.lepas dia dah balik ke kelas,aku pon pergi dekat dia dan tengok mata dia.aku tanyalah dia :

aku : kau nangis ke?
redzuan : mengelengkan kepala saja.
aku : ingatkan kau nangis,baru je aku nak pujuk.sakit tak?
redzuan : tak.

kami semua terpaksalah menahan kesakitan ni.
kata-kata terakhir : bila lah sakit nih nak hilang??????!!


You may also like

No comments: