Pemburu Pelangi: Lalat Punya Cerita!

Lalat Punya Cerita!

/
0 Comments
Pernahkah kita anggap yg diri kita ni adalah org yg tak berguna?
tak guna kalau anggap diri tak guna,sbb tak ada manusia yg diciptakan sia-sia.pasti ada gunanya.sedangkan seekor lalat pon ada gunanya,inikan pula manusia.sedangkan kuman pon ada gunanya inikan pula anda,aku dan semua org.

APA?!
lalat ada guna kau kata katie?

adalah.Lalat ada gunanya.sekurang-kurangnya dengan adanya lalat kita tak lah jadi pengotor.Kita cuba lupuskan sampah dengan cara yg betul,kalau tidak lalat dtg.Lalat kalau dtg,dia akan membiak sekali.kalau dah banyak,susah nak halang.
Maka kita pon bersihkanlah sampah sarap,buang sampah dengan cara yg betul.Maka bersihlah rumah kita,persekitaran kita,badan kita.nak tahu tak?lalatlah satu-satunya serangga yg boleh mengawal semut api.Rupa-rupanya tak ada binatang lain boleh basmi semut api.Kalau dah merebak,memang tak terkawal.Gajah pon takut dgn semut api,sbb kalau dia serang,bukannya sekor-sekor,ramai-ramai.kalau sekor dapat masuk dalam telinga gajah dah cukup.kalau sekor dapat gigit mata gajah dah cukup.Pasal tu semut api sangat-sangat ditakuti.Bahkan manusia juga takut dan tewas berperang dgn semut api.ya ke katie?
iyalah.tak caya ke?tahu tak anda semua,antara musuh Amerika setelah 'pengganas'.rusia(suatu masa dahulu),yg ketiganya adalah semut api.

semut api?!
Iya semut api.Di Amerika dipanggil FIRE ANT,semut apilah tu.

Awal 2000,semut api telah menguasai seluruh Florida,hinggakan terbit istilah,'KALAU ANDA TAK BERTEMU SEMUT API DI FLORIDA ITU BUKANLAH FLORIDA'.Seluruh penduduk Florida fobia dgn semut api ni.macam-macam usaha mereka buatuntuk basmi semut api tapi tak pernah berjaya.Macam-macam racun mereka guna,semut api tak pernah mengurang,bertambah adalah.
Budak-budak susah nak bermain dkt taman permainan,sbb semut api banyak.Kawasan ladang juga penuh dgn semut api menyebabkan lembu,kambing tak begitu selesa.Manusia betapalah lagi.Halaman rumah pon bnyk semut api.memang payah kalau nak bersantai-santai di atas rumput mcm biasa yg kita tengok mat saleh baring atas tanah.Di Florida,mereka tak boleh buat mcm tu,memang kena gigit.
Gigitan semut api ni boleh menyebabkan maut terutamanya kepada budak-budak dan org yg alah dgn bisanya.Dah beribu rakyat Amerika mati akibat gigitan semut api,lebih kurang sama banyak dgn Perang Teluk.Saintis dkt Amerika bingung mcm mana nak basmi semut api ni,sbb apa pon yg dibuat tak pernah berjaya.tak pernah menang.Yang jelas,semut api merebak ke utara hingga ke kawasan-kawasan sejuk.Patutnya semut api tak boleh hidup di kawasan sejuk tapi yg ni dia boleh tahan sejuk-salji.mcm kita jgak.
Kali pertama berada di negara sejuk tak larat kita-beku,tapi bila dah bertahun.tak rasa teruk sgt pulak.Boleh terima.semut api pon rupa-rupanya mcm tu.bila dah lama dia boleh biasa dengan salji.mana tidaknya!kan semut api hidup dalam tanah.Masa salji,dia korek lah tanah dalam-dalam.Duduk diam dkt situ.Bila habis musim salji,diaorang(eh...org plak-dia semut),naik balik ke permukaan bumi.
eh...melalut kita!sebenarnya nak cerita pasal lalat td.haa...pasal lalat.Nak tahu tak?rupa-rupanya setelah bermacam usaha dilakukan oleh saintis Amerika untuk mencari pembasmi semut api,akhirnya mereka mendapati yg boleh mengawal,membunuh seterusnya mengurangkan populasi semut adalah lalat.

Lalat?!

Iya,lalat.anda tak salah baca.memang lalat.
Rupa-rupanya lalat adalah musuh tradisi semut api sejak zaman-berzaman.mcm juga tikus dgn kucing,ular dgn memerang,anjing dgn kucing.semut api cukup takut dgn lalat dan lalat pulak pantang nampak semut api.Dia akan sengat semut api dan sekejap je tergolek.
Ini dibuktikan apabila dimasukkan sekumpulan semut api dan lalat dalam balang kaca oleh para saintis.Bila masuk saja lalat,terus serang semut api.bertempiaran lari sang semut.menjerit-jerit,"tolonggg!!!" agaknyalah.
Siapa sangka pambasmi semut api hanyalah lalat.Kalau tebuan tu boleh tahan,ini lalat.Jadi,siapa kata lalat tiada faedahnya untuk manusia,tak ada gunanya untuk alam.ada,cuma kita saja yg belum tahu.

Jadi,berilah kesempatan pada diri anda untuk cemerlang dan luar biasa bagus,sbb kita dijadikan sudah tentu melebihi peranan lalat pada semut api dan semut api pada koloninya.Yakin pada diri sendiri kerana keyakinan itu penting!


You may also like

No comments: