Pemburu Pelangi: Makan Ikan kelah di Dragon Thai Restauran, Ampang.

Makan Ikan kelah di Dragon Thai Restauran, Ampang.

/
0 Comments
Ramadhan dan syawal dah pun berlalu, masih teringat kenangan-kenangan manis yang berlaku sepanjang Ramadhan yang lepas.. salah satunya bila yuyin menang contest yang dianjurkan oleh pihak Dragon Thai Restaurant di facebook.. Yuyin masuk kedua-kedua contest yang dianjurkan, alhamdulillah rezeki perpihak pada yuyin dalam contest yang kedua. Nak tau yuyin menang apa? Yuyin menang set berbuka puasa bernilai RM110 dengan tambahan Ikan Kelah berharga RM400.


Habis je kerja terus yuyin dan kawan-kawan sekolah yuyin bertolak dari Kuala Selangor ke Taman Nirwana Ampang.. Mengambil masa 2 jam juga perjalanan. Terharu bila ada kawan yang sudi drive jauh-jauh semata-mata nak teman kita iftar.

Kami sampai bebetul lagi 10-15 minit nak berbuka.

Makan sampai tak perasan ada mamarazi

Bersama owner restaurant yang cantik jelita. Excuse my pucat face, penat kerja hehe.



pertama kali makan ikan sekali dengan sisik-sisiknya, mula2 dengar macam pelik, tambah-tambah yuyin ni bukanlah penggemar ikan sangat, tapi bila rasa, serius sedap, kawan-kawan yuyin cakap sisik tu macam keropok, ranggup, sedap! Terima kasih kepada staff Dragon Thai Restaurant yang cadangkan supaya ikan kelah tu tak dibuang sisiknya.

korang kalau teringin nak makan ikan kelah yang sedap, datanglah ke Dragon Thai Restaurant yang terletak di Taman Nirwana Ampang ni. Yang tak pernah makan ikan kelah pun korang patut datang dan cuba sendiri, memang fresh dan sedap!





You may also like

No comments: