Pemburu Pelangi: Teman Masa Kecil Yang Dilupakan

Teman Masa Kecil Yang Dilupakan

/
1 Comments


Entah kenapa  boleh tergerak jari nak cari akaun Facebook kawan masa kecil, kali ni jumpa pula facebook dia walaupun profile picture tak tunjuk muka. Entah bagaimana boleh tergerak hati nak ambil tahu tentang dia, tentang kehidupan dia sekarang setelah 5 tahun tak pernah tahu apa jadi pada dia.

Muka dah kurang jerawat batu, makin flawless, tetap putih macam selalu, bakal cikgu dan badan berisi sikit tak kurus macam dulu. Aku tengok tiap-tiap gambar terbaru dia dengan sayu.

Teringat dulu waktu kita kecik kita selalu main wrestling, acah acah WWE, tak padan dengan perempuan aku ni nak main wrestling dengan budak lelaki(tak apa masing-masing belum baligh hehe). Kau jugak yang ajar aku main gasing sampai pandai, kau macam seorang abang pada aku. Oh dan ingat lagi waktu aku darjah 1, kau darjah 2, kita pergi ambil anugerah cemerlang dengan keluarga kita sama-sama, mak ayah kita tangkap gambar kita berdua sebelum balik dengan hadiah masing-masing di tangan. lepastu dah tak ada lagi, sebab aku je yang istiqamah tiap-tiap tahun dapat anugerah cemerlang! muahaha

Kalau boleh aku cakap aku rindu, sekarang juga aku add kau dan pm kau untuk bagitahu yang aku rindu.

Ingat lagi? dulu aku pernah datang dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur seorang diri waktu umur 16 tahun semata untuk datang beraya dekat rumah kau, aku tanya orang, aku cari rumah kau sampai jumpa sebab dah 3 tahun aku tak tengok muka kau, sebab aku rindu, ya rindu. Tapi bila aku jejakkan kaki dekat rumah kau, kau tak ada, keluar. Tengah aku duduk-duduk atas sofa minum air, kau balik rumah, kau pandang aku tanpa sebarang reaksi, tanpa sebarang kata sapa dan tanpa membalas balik senyuman ikhlas aku yang merindui teman masa kecilnya. Hati aku bagai disentap tiba-tiba, macam-macam soalan muncul dalam kepala.
'Dia tak ingat aku ke? sampai hati'
'Dia benci aku ke?'
'Kenapa dia tak tegur aku pun?'
'Aku ada buat salah apa-apa ke?

Tiba-tiba adik kau pergi ketuk bilik kau, "Abang kawan kau datang ni, kak ija, kau tak ingat ke?"

Kau tahu?
Waktu itu aku sedaya upaya cuba tahan airmata aku dari jatuh.
Kau tahu?
Waktu itu aku belajar yang tak akan semua orang akan ingat kita. dan waktu itu juga aku belajar, berkawan bertahun-tahun tak menjamin persahabatan kekal selamanya.
Kau tahu?
Itu antara pengalaman pahit yang pernah aku lalu.

Aku sekarang mungkin hanya orang asing dalam hidup kau, tapi bagi aku kau tetap teman masa kecil yang selalu aku rindu, yang aku dah anggap macam darah daging aku. Walau kita dah tak rapat macam dulu, aku tetap doakan kau terus berbahagia dan berjaya selalu.

Yang ikhlas,
Teman Masa Kecil Yang Dilupakan.


You may also like

1 comment:

Azlinda Azman said...

Salam kenal...join GA n follow.

- kak lynda kbba
www.azlindaalin.com