Pemburu Pelangi: Quartet Cafe Kini Di NU Sentral!

Quartet Cafe Kini Di NU Sentral!

/
0 Comments




10 April yang lepas, yuyin berkesempatan untuk pergi ke perasmian outlet terbaru Quartet café bersama KetchUp dan rakan bloggers yang lain. Untuk yang belum tahu, KetchUp Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan pemilik kafe atau restoran dengan pengunjung serta Social Media Influencer melalui medium online. KetchUp Community menyediakan platform untuk anda mendapatkan maklumat mengenai kafe atau restoren yang menarik di sekitar Kuala Lumpur dengan pantas! Haaa… Semuanya di hujung jari. Selain itu, bagi pemilik kafe atau restoran yang berminat mempromosikan tempat dan signature makanan mereka, KetchUp Community juga menyediakan medium tersebut.

https://www.ketchup.com.my/

Berbalik semula kepada Quartet café, Quartet cafe yang sebelum ini hanya berada di TTDI kini membuka outlet barunya di Nu Sentral (lokasi:  sebelah Secret Recipe, belakang Victoria Secret).

Herwandi Saat, lelaki berkacamata yang berusia 28 tahun ini adalah pemilik Quartet Café. Selain menguruskan perniagaan kafenya beliau juga merupakan seorang keyboardist dalam sebuah band indie yang bernama Laila’s Lounge. Quartet Café turut mendapat namanya kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang muzik.

Eggs Florentine Sandwich. 

Signature dish yang digilai kami para blogger, Tempala Sandwich!

Quartet café mempunyai daya tarikan yang tersendiri pada menunya jika hendak dibandingkan dengan kafe/kedai lain yang menjual sandwich. Pernah tak korang jumpa tempat lain yang letak tempe dalam sandwich? Haa tak pernah kan? Bukan setakat tempe sahaja, ulam-ulaman seperti ulam pegaga juga ada digunakan dalam penyediaan sandwich. Jangan risau, rasanya tak pelik. Ikhlas yuyin cakap sandwich yang disediakan oleh Quartet Café sangat unik dan sedap, memang menepati citarasa yuyin!(Buka outlet baru dalam uia please, boleh makan sebelum pergi kelas hehe)  Ada pelbagai jenis sandwich, kek dan minuman di sini, korang memang patut singgah dan cuba sendiri!


Thank you for having us!

Tak ada idea kafe mana lagi nak pergi? Layari:
Website: www.ketchup.com
Instagram: @ketchup_my
Facebook: www.facebook.com/KetchUpCommunity


You may also like

No comments: