Pemburu Pelangi: Han Rainforest Resort, Taman Negara Pahang.

Han Rainforest Resort, Taman Negara Pahang.

/
0 Comments
Pada 19-22 Februari yang lepas, yuyin berpeluang mengikuti Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara. Waktu ni yuyin belum lagi jadi sebahagian dari KBBA, segan jugalah mula-mula nak join, yuyin ni dah lah pemalu, diorang pulak blogger hebat-hebat. Nasib baik ada schoolmate yuyin join jugak, hilang sikit rasa segan.
 Bertolak dari Matic Jumaat malam.








Sampai-sampai pukul 2.30 pagi terus check in. Katil pun memanggil-manggil~

Di Han Rainforest Resort juga ada kedai runcit, spa dan tempat makan yang boleh berkaraoke. Memang sesuai dan selesa untuk bawa family datang bercuti,

Han Rainforest Resort juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik sebagai tarikan pelancong. Yuyin dan rakan blogger yang lain sempat juga buat beberapa aktiviti di sini. Antaranya, Jungle Trekking, Canopy Walk, Rapid Shooting, 4 Wheels Drive, melawat dan berkhemah di kawasan perkampungan orang asli.

Puncak Bukit Terisek.
 
 
Berkhemah di kawasan perkampungan orang asli. Best sangat dapat tengok banyak bintang dekat langit sambil duduk borak depan unggun api. Tapi... tempat ni tak ada tandas tau.. so.. pepandai ler. hehe
 
Menaiki kereta pacuan empat roda.


Terima kasih kepada Han Rainforest Resort kerana menjadi penaja utama Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara. Satu pengalaman manis yang tak akan yuyin lupakan!

Layari  http://han-rainforestresort.com untuk lebih banyak info!

p/s: Gambar-gambar dikreditkan kepada rakan-rakan KBBA, sebab handphone yuyin problem so tak dapat tangkap gambar bebanyak.


 




You may also like

No comments: