Pemburu Pelangi: My Happy Moments

My Happy Moments

/
0 Comments
Assalamualaikum. Hai anda semua. aku masih hidup! Dah nak dekat 4 bulan aku tak update blog, ini semua SPM punya pasal. Bila dah habis SPM, enjoy-enjoy, nak update satu entri pon berat je rasa,ye lah dah lama tak menulis. Rindu rindu.

Entri ni sebenarnya 2 dalam 1.. Aku nak cerita pengalaman aku Ahad lepas sambil join contest yang blogger Eyriqazz(sebab aku tertarik dengan hadiah utama dia iaitu pakej outdoor fotografi..asyik aku je yang tangkap gambar orang, nak jugak merasa orang tangkap gambar aku banyak-banyak! hehe)


                       Antara mereka yang hadir..nak dekat 30 orang.... :D
     (bukan gambar ni yang nak dipertaruhkan dalam contest ni,tunggu...)

so, Ahad lepas, 16/12/2012 aku join event Lomomatriks 2.0 dekat Dataran Merdeka. Keluar dari rumah sorang-sorang pukul 8 pagi dari kuala selangor naik bas, KTM, LRT akhirnya sampai Dataran Merdeka dalam pukul 11. Event ni dianjurkan oleh admin-admin group The Lomorangers, group ni sebenarnya group untuk orang-orang yang main kamera analog. ala kamera analog, kamera yang pakai film macam dulu-dulu tu. sekarang ni kita tengok ramai orang yang main kamera digital kan? aku pon main jugak kamera digital. tapi kami masing-masing ada sebab yang tersendiri kenapa kami tetap memilih analog.. 

Mesti ada yang tertanya-tanya, Lomomatriks ni apa? kenapa Lomomatriks 2.0? okay, Lomomatriks 2.0 ni sebenarnya adalah kesinambungan daripada siri lomomatriks yang pertama masa dekat pulau pangkor awal bulan Mac. so, sebab tu la dipanggil lomomatriks 2.0 walaupun bukan semua orang yang join masa dekat pangkor tu ada dan ada orang-orang lain yang aku tak pernah kenal sebelum ni pun turut serta.

Lomomatriks pula mengikut kefahaman aku ialah aktiviti bergambar dengan pelbagai aksi dan ditangkap dari pelbagai sudut, 360 darjah. Masa lomomatriks, semua orang kena buat bulatan besar, lepastu sorang demi sorang atau beberapa orang demi beberapa orang akan buat aksi dekat tengah-tengah bulatan tu. aksi apa-apa lah, nak melompat sambil pegang belon ke, nak baling payung ke, macam-macam aksi lah mengikut kreativiti sendiri atau idea orang lain. Masa orang yang dekat tengah bulatan nak buat aksi, ada orang yang akan kira dan bila orang yang dekat tengah-tengah tu tengah buat aksi semua orang akan shoot! jadi, bila kesemua film-film ini dikumpulkan, dicuci,discan semua sampai nampak hasilnya,bila disusun, akan dapat gambar dari pelbagai sudut, 360 darjah. yang bestnya, setiap gambar lain-lain sebab tak semua orang pakai film yang sama dan tak semua orang pakai kamera yang sama. menarik kan?

oh ya, masa event ni, ada sorang vlogger yang agak famous datang teman kakak dia dan dia ada rakam video pasal kitorang.. siapa? Shahrin lahh.. hihi.. tak kenal? klik dekat nama dia tu, nanti korang kenal lah.. apapun, tak sabar nak tengok video pasal lomomatriks tu.

Dan ini dia gambar yang dipertaruhkan untuk contest ni. Bismillahirahmanirahim...semoga ada rezeki nak menang pakej outdoor fotografi..Aamiin.. 

Melompat riang! 

haa.. gambar ni yang nak dipertaruhkan. gambar semasa event berlangsung. Ditangkap dari kamera slr rusia aku, Zenit 12SD dan film yang aku pakai masa ni Centuria iso 200 expired jan. 2010. sesungguhnya aku masih belum mampu nak pakai film mahal-mahal, sobs..tunggulah aku dah kerja nanti.. dan semoga gambar ni dapat menarik hati blogger Eyriqazz.. nak sangat pakej outdoor fotografi tu... pleaseeeee! *kenyit kenyit mata* 

Manusia-manusia yang ditag :

Nadia

dan semua pembaca blog ni,boleh? :) 

Contest My Happy Moments dianjurkan Eyriqazz.com bagi menyahut Cabaran iPhone 5 Gadget Impian. (Semoga blogger Eyriqazz berjaya mendapat iPhone tu.. saya tak nak masuk sebab saya tahu saya akan kecewa,takkan menang sebab ramai blogger hebat.sobs..)




You may also like

No comments: